‘Pilu’- Pekerja kilang mavt tubuh hancur tersepit mesin acuan


PILU apabila seorang pekerja kilang yang sedang menjalankan tugasnya, maut tersepit pada mesin pengacuan (moulding) di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung, Bayan Lepas, awal pagi.

Kerja mengeluarkan tubuh mangsa Zaid Berahim, 33, yang tersepit mengambil masa kira-kira dua jam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.08 pagi itu.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati bahagian kanan lelaki berkenaan dalam keadaan tersepit pada mesin.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika kerja menyelamat dilakukan,” katanya kepada Harian Metro.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.09 pagi sebelum kes diserah kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Sumber: hm