Angkara Terlampau Lama Bermain Gajet, Mata Kanak-Kanak Ini Juling Dan Perlukan Pembedahan

 


Gara-gara terlalu lama menggunakan telefon bimbit, seorang kanak-kanak lelaki bernama Luth Harraz menerima kesan sampingan setelah matanya menjadi juling dan terpaksa mendapatkan pembedahan bagi membetulkan semula kedudukan bola matanya itu.


Menceritakan kembali kejadian itu, Afeizah memaklumkan Luth telah terdedah dengan gajet seawal usinya dua tahun disebabkan oleh kesibukkan kerja dia terpaksa membiarkan anak lelakinya itu bermain permainan di dalam telefon bimbit untuk memudahkan kerja.

Jelasnya, mata Luth adalah normal sejak dilahirkan dan tidak sedar bahawa bebola mata anaknya itu mengalami perubahan sejak tahun lalu.


Keadaan Luth bertambah teruk apabila anaknya perlu diberi gajet untuk menghadiri kelas pagi secara atas talian sepanjang tempoh PKP tahun lalu.

Menurut laporan mStar, pada mulanya wanita berusia 28 tahun itu menyangkakan anaknya itu sengaja menjulingkan matanya sehingga dia kerap ditegur oleh keluarga terdekat.

Afeizah hanya mendapatkan rawatan di hospital pada awal Januari lalu setelah anak mata hitam anaknya yang hilang di sebalik pangkal hidung.


“Walaupun dimaklumkan bahawa ia tidak akan pulih 100 peratus seperti asal, namun saya bersyukur yang mata Luth masih boleh dirawat.

Tapi Luth perlu sentiasa memakai cermin mata untuk menonton televisyen mahupun belajar untuk tempoh tiga tahun,” jelasnya.


Kesal akan tindakannya, Afeizah berharap kejadian yang menimpa anaknya akan memberi pengajaran kepada semua ibu bapa di luar sana supaya tidak membenarkan anak-anak terlalu terdedah dengan penggunaan gajet bagi tempoh jangka masa yang terlampau lama.

Sumber: Facebook @Nurul Pyeza, mStar