“Selamat Jalan Adik” Tiada Kenangan Tukar L4mpin,Hanya Sempat Mandikan Dan Kafan Jenaz4h

 


Saat menerima cahaya mata pastinya momen yang sangat indah bagi kedua ibu bapa. Anak yang telah ditunggu sekian lama akhirnya akan menjengah dunia. Namun, tidak semua yang dapat melihat anak yang baru ditimang itu membesar seperti kanak kanak normal yang lain. Pemuda ini kongsikan kisah duka dia dan isteri dalam menempuhi ujian yang tersangat berat untuk mereka pikul. Namun, tetap redha dengan ketentuan ilahi.

SELAMAT JALAN, ADIK!

Tahun 2018 adalah tahun yang paling mencabar untuk aku dan keluarga, arwah mak jatuh sakit dan akhirnya pergi tinggalkan kami tanggal 29/4/2018. Aku ambil masa berbulan-bulan untuk move on dan jujurnya sampai sekarang pun masih belum dapat move on.

Namun, penghujung tahun 2018 Allah mengangkat kesedihan aku dengan memberi kurnia yang tak ternilai bagi aku, iaitu isteri disahkan mengandung anak kedua kami. Syukur tak terhinggalah kiranya waktu tu. Dan siapa sangka, Allah hanya meminjamkan anak kedua kami seketika cuma, hanyalah 45 hari, dan aku dengan setulus hati redha dengan pemergiannya.

Jadi, izinkan aku berkongsi kisah pengalaman yang mengajar aku pelbagai erti, yang merubah hidup aku, yang akan aku kenang sepanjang hayat.

Di awal kehamilan isteri, semua seperti biasa, tak ada syak apa-apa yang tak kena. Pergi check-up pun seperti biasa. Dan sekitar minggu ke-26, pada tanggal 13/4/2019, kami putuskan untuk buat detailed scan di sebuah klinik swasta. Cuma untuk buat imbasan 4D, untuk kenangan di masa depan. Dan aku masih ingat lagi ayat d0ktor pada hari tu ketika mengimbas: “Tahniah ya puan, yang ini anak lelaki, cuma saya ada nak bagitahulah,” waktu ni, aku terus berdebar dan pelik, apa yang nak dibagitahu ni. “yang kita dapat nampak, jntung ada masalah sikit. Saluran ateri tak normal. Baby pun ada clft juga”.

Di sinilah permulaan kisah ini. Kehidupan sosial mula berubah.

Kehidupan sosial aku pula memang terus off. Terus berhenti main badminton, main bola, pergi stadium, lepak minum, dan media sosial pun off juga, sebab nak bagi tumpuan 100% kepada isteri. Tapi itulah, aku tak tahu nak bagitahu kawan-kawan macam mana, hanya keluarga dan kawan-kawan pejabat saja yang tahu.

Sehingga baby dilahirkan, aku dah lost count berapa banyak temujanji yang kami pergi sama ada di HTAR atau Hospital Serdang, dengan temujanji KK lagi dalam tempoh tiga bulan. Banyak jugalah cuti isteri terpaksa ambil untuk pergi semua temujanji. Besar pengorbanan seorang ibu.

Tanggal 22/7/2019 jam 7.38pm, di HTAR, our bundle of joy selamat dilahirkan ke dunia ini. Yeay!

Aku bersyukur dan gembira dalam gementar.

Seusai dilahirkan, baby terus ditempatkan di Nwborn Incntive Cre Unt, untuk pemantauan rapi sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang. Dan di sinilah aku azan dan iqamat baby tapi sekadar di inkubator saja.

Masa kelahiran anak pertama, aku azan dan iqamatkan sambil dukung tapi yang kali ni tak dapat nak dukung. Perasaan waktu tu terus-terang memang sebak dan sedih. Selesai azan dan iqamat baby, nurse di situ terangkan keadaan baby yang dilahirkan kepada aku. Baby dilahirkan dengan TGA dan Clft Lip (seperti yang didiagnosis awal), dan juga ada lagi keadaan tidak normal lain, iaitu Antia & Scliois (tidak dapat detect ketika pregnancy). Kemudian aku bagitahu pada isteri tentang perkara ni, namun aku kekal tenang tak nak dia sedih atau murung.

Sepanjang dua minggu di HTAR, aku berulang-alik setiap hari untuk melawat dan hantarkan susu. Hanya pada hujung minggu aku bawa isteri melawat, sebab aku dah kena masuk kerja dan nak bagi ruang dia berehat. Sepanjang dua minggu ini juga mak mertua dari Johor datang ke Klang untuk membantu dan menemankan isteri berpantang.

Setelah ada katil kosong di Hospital Serdang, baby dipindahkan dari HTAR menaiki amblans, sambil ditemani isteri. Aku ke Hospital Serdang berasingan bersama mak mertua. Waktu ni debarnya, tuhan saja yang tahu. Tapi tetap aku tak tunjuk reaksi berdebar dan gementar aku depan isteri sebab nak kekal positif.

Tanggal 7/8/2019, hari yang ditunggu tiba, hari pembedahan.

Sebelum masuk ke dewan bedah, para d0ktor memberi peluang kepada kami untuk ceum baby. Ya Allah, sejak kelahiran baby selama dua minggu itulah kali pertama kami ceum dia. Gugur air mata, tapi cepat-cepat aku paling muka tak nak isteri nampak.

Mengikut kata d0ktor kebiasaannya pembedahan TGA cuma mengambil masa 4-6 jam sahaja, tetapi tetap bergantung kepada keadaan. Dari pukul 8:45 pagi masuk dewan bedah sehingga tengah hari masih belum dapat panggilan, dan sekitar jam 4 petang dapat panggilan dari nurse. Kami ingatkan nak beritahu pembedahan telah selesai, rupanya nak bagitahu d4rah tak cukup kerana baby banyak bl33ding ketika pembedahan.

Kami cepat-cepat naik ke Pedatric Crdiac Int3nsive C4re Unit (PCICU), untuk ambil sample d4rah isteri untuk cross-match dengan bank d4rah. Sedangkan sebelum masuk dewan bedah aku nampak banyak pek juga bekal d4rah yang dibawa.

Dan akhirnya sekitar 6:30 petang, dapat panggilan yang pembedahan yang diketuai Dato’ Dr Hamdan telah berjaya dan minta kami naik ke PCICU sekali lagi. Aku berpelukan dengan isteri di lobi hospital, rasanya semua orang tengok kami masa tu. Ambil masa lebih 9 jam jugalah pembedahannya.

Di PCICU, Dr Ani terangkan apa yang terjadi ketika pembedahan secara ringkas, dan di waktu inilah beliau memberitahu kami sesuatu yang membuatkan kami tersentak. Ibarat kena b0m. “Tadi pukul 6 sebenarnya j4ntung baby dah stop, tapi kita berjaya dapatkan dia balik lepas CPR”. Allahuakbar. Tetap sama, aku tak tunjuk sangat emosi tidak stabil aku depan isteri. Tak nak dia stress yang masih sedang berpantang.

Isteri tidak berpantang

Lepas dapat berita tu, aku tenangkan isteri dan cakap “Insyaallah adik ni fighter ni, j4ntung dah stop pun dia boleh come back”.

Dan bermulalah episod recovery selepas pembedahan. Walaupun pembedahan berjaya (untuk betulkan salur artri di j4ntung), d0ktor tak dapat nak tutup dad4 sebab masih nak pantau. Jumlah ubat yang diberikan memang banyak dan dengan dos yang tinggi untuk membantu j4ntung berfungi, dan pelbagai ubat lain. Selang beberapa hari selepas pembedahan, badan baby mula membengkak kerana baby tak kencing akibat buah pnggang tak dapat berfungsi kerana tekanan d4rah dari j4ntung yang rendah dan tak stabil. Maka semakin lamalah d4da tak dapat ditutup.

Untuk membantu membuang toksin dan cecair yang berlebihan dalam badan, di4lisis perlu dijalankan. Waktu ni bertambah sedih melihat badan baby kena tebuk untuk keluarkan cecair, dengan badan bengkaknya. Tak lama selepas tu, d0ktor dapat kesan ada kuman menjangkiti baby. Maka, d0ktor perlu beri 4ntbiotik untuk lawan. Dalam masa sama, ubat yang sedia banyak masih lagi diberi. Setiap kali d0ktor update perkembangan baby, tiga perkataan berbeza yang membawa maksud sama tak lekang dari mulut mereka: tenat, kritikal, belum stabil. Selain daripada tu, mereka turut minta kami berdoa banyak-banyak.

Selang beberapa hari selepas pembedahan, aku terima satu mesej dari seorang kawan, Lutfi bertanya tentang anak aku. Terus aku rasa keliru dan tertanya macam mana dia boleh tahu? Rupanya isteri dia salah seorang staff nurse di PCICU, dan pernah beberapa kali duty jaga anak aku. Cantiknya aturan tuhan.

PCICU ni, bahkan mana-mana ICU sekalipun, sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak, waris tidak dibenarkan menjaga. Hanya dapat tengok ketika waktu melawat saja, tamat waktu melawat terus kena keluar melainkan d0ktor nak jumpa ataupun ada kes besar. Jadi, nurse lah yang menjaga pesakit di sana. Besar jasa dan peranan nurse dan d0ktor di dunia ni.

Walaupun keadaan baby yang tak pernah keluar dari fasa krtikal/tenat/belum stabil, keadaan baby bertambah baik. Ubat yang pada awalnya sebanyak 11 jenis ubat, telah berkurang sehingga 7/8 saja yang diberi dalam satu masa. J4ntung dah semakin kuat, dan buah pnggang kembali berfungsi. Kencing sudah ada, dan yang paling penting badan telah susut dari bengkak. Jadi, bila keadaan baby bertambah baik, d0ktor putuskan untuk cuba menutup dad4 baby. Namun, masih ada sedikit bengkak, jadi d0ktor cuma dapat tutup kulit sahaja dulu. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman masuk.

Sepanjang dada belum tutup, para d0ktor akan buat prosedur wash-out, ataupun cuci j4ntung, selang tiga-empat hari untuk memastikan keadaan j4ntung dalam keadaan baik. Setiap kali itu jugalah, d0ktor akan ambil d4rah sample dari isteri. Setiap kali selepas wash-out, keadaan baby bertambah baik. Alhamdulillah.

Mesin bantuan pernafasan pun yang pada awalnya menggunakan yang berkuasa tinggi telah digantikan dengan mesin yang lebih rendah kuasanya, dialisis juga telah diberhentikan selepas proses perkumuhan telah berjaya dilakukan secara natural oleh baby.

Sejak dari pertama kali baby dikesan mempunyai masalah j4ntung, aku senantiasa positif yang semuanya akan okay, all is well. Pertama, memang aku percaya tu. Kedua, aku nak kongsi kekuatan tu pada isteri, agar dia tak down. Setiap kali berdoa, aku akan meminta baby dikurnia kesembuhan dan moga dia diberi kekuatan untuk harungi semua ni. Dan melihatkan baby yang bertambah baik setiap hari, aku yakin dia akan dapat sembuh, walaupun ada sekelumit peratusan aku ‘berjaga-jaga’.

Namun, bak pepatah Melayu yang klisye: langit tak selalunya cerah.

Sehari selepas dad4 ditutup, aku lihat badan baby yang dah susut sepenuhnya sebelum ni, kembali bengkak. Dan seterusnya, dalisis diperlukan kembali untuk membantu mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan. Keadaan ni diakibatkan dari jangkitan kuman yang telah merebak teruk ke seluruh badan.

Dan pada ketika inilah, sekelumit peratusan ‘berjaga-jaga’ aku tadi naik secara mendadak. Dan tiap kali berdoa aku telah menambah satu lagi ayat: “Kalau Kau lebih sayang dia, kau mudahkanlah urusan dia”.

Aku sedar masa dia dah tak lama.

Tanggal 4/9/2019, nurse sampaikan pada isteri, d0ktor sarankan dia untuk bermalam di hospital. Keadaan baby semakin merosot.

Akhirnya hari itu tiba

Tanggal 5/9/2019, tarikh yang takkan kami lupakan sampai bila-bila, hari perpisahan kami buat selamanya.

Jam 6:20 pagi aku terima mesej dari isteri, meminta aku segera ke Hospital Serdang, baby dah tenat sangat, takut tak sempat. Aku terus cepat-cepat siapkan anak sulung dan minta abah aku tolong jagakan, dan terus bergegas ke Serdang dengan nenek aku. Dalam masa sama, aku sampaikan berita kepada adik-beradik.

Dalam perjalanan, sekali lagi aku dapat mesej dari isteri, tanya aku di mana. Aku beritahu, dah on the way. Isteri balas, d0ktor nak tutup mesin, tapi tunggu ketibaan aku. Waktu ni, air mata aku mengalir tanpa aku sedar. Dengan keadaan baby yang semakin tenat, dah tak ada apa lagi ikhtiar yang dapat dilakukan para dokt0r.

Sejurus aku sampai, nurse dan d0ktor berikan ruang kepada aku dan isteri sebelum proses itu dijalankan. Nurse hulurkan kerusi untuk aku, dan aku bacakan Surah Yassin di sisi baby. Sepanjang baca tu, air mata tak berhenti mengalir.

Pada jam 10:50 pagi, Dr Ani terangkan pada aku, dan minta izin aku untuk teruskan dengan keputusan yang telah dibuat. Aku bersetuju, dan dalam suara tersedu-sedu, aku minta agar dimudahkan untuk baby pergi. Ubat bantuan j4ntung ditutup, dan baby diletakkan di pangku isteri.

Dan itulah kali pertama isteri dukung baby sejak isteri melahirkan dia. Aku pula, tak pernah dukung baby sepanjang hayat pendeknya. Selepas ubat ditutup, nurse dan dokt0r tinggalkan kami bertiga untuk kami nikmati saat-saat akhir kami bersama. Tirai ditutup untuk beri kami privasi. Waktu tu, aku ada rasa ralat sikit, sebab anak sulung tak ada sekali dengan kami.

Sepanjang tempoh ni, kami tak berhenti menangis.

Selama ni, aku cuma melihat scene sedih begini dalam filem atau drama tv. Hari itu, aku dan isteri yang melaluinya sendiri. Kami berbual dengan dengan baby, kami minta maaf dengan baby, kami terima kasih kepada baby, kami minta baby tunggu kami di sana nanti, dan kami kucup baby sepuasnya.

Aku perhatikan bacaan j4ntung, semakin lama semakin menurun. Rupanya baby bertahan disebabkan bantuan ubat.

Sejam selepas ubat diberhentikan, pada jam 11:50 pagi, baby hembuskan nafas terakhir dan pergi buat selama-lamanya di pangkuan ibunya yang mengandungkan dia selama 40 minggu, dan juga di sisi aku.

Banyak perkara yang tak dapat kami lakukan bersama/kepada baby, tak pernah mandikan, tak pernah susukan, bergambar bersama, bahkan tak pernah tukarkan lampin. Kalau nak disenaraikan rasanya tak cukup ruang ni nanti.

Dan walaupun kami telah tahu lebih awal, dan telah bersedia mental dan fizikal, namun bila ianya terjadi tetap koyak mental fizikal.

Kami redha dan terima sepenuh hati ketentuan yang telah Allah tetapkan kepada kami, dan kami bersyukur atas pinjaman sementara yang telah diberikan-Nya.

Itu sajalah aku nak kongsi kisah kami dan baby. Tak tahulah, ada ke tidak orang baca sampai hujung ni.

Dan di kesempatan ini, aku nak rakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kami kepada semua yang secara langsung telah memberi kami bantuan, jasa, sumbangan, dorongan dan sokongan dalam apa saja bentuk, walaupun secebis ucapan takziah. Ketahuilah, kami amat-amat menghargai apa saja yang tuan/puan berikan kepada kami sepanjang tempoh ini. Semoga tuhan membalas kebaikan kembali kepada anda.

Khususnya kepada: ahli keluarga kedua belah pihak kami, rakan sekerja, sahabat-sahabat, kariah Surau Hj Mat Som, ibu-bapa pesakit di PCICU Hospital Sedang, d0ktor dan nurse di; O&G HTAR, Wad Bersalin HTAR, NICU HTAR, Unit Kardology Pdiatrik Hospital Serdang, NICU Hospital Serdang, dan terutama sekali Dato’ Dr Hamdan dan team beliau di PCICU Hospital Serdang, tak tahulah macam mana nak balas jasa kalian sepanjang baby sebulan di PCICU Hospital Serdang.

Selamat Jalan Elhasiq Bin Mohamad Faiz (22/7/2019 – 5/9/2019).

Rehatlah, mainlah, larilah sepuasnya. Lama juga awak menanggung sakit di dunia ini, papa tak dapat nak bayangkan.

Tunggu papa, mama dan kakak ya! Kalau ada rezeki awak jadi abang, tunggu adik sekali!

Sumber: Faiz Fadzil