Penduduk Mula Risau Mistɛri Kucing Hilang Makin Menjadi – Jadi, Disyaki Jadi ‘Hidangan’ Warga Asing


Jika kita lihat dekat negara luar, kita akan perasan yang sesetengah daripada mereka bukan hanya jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, tapi turut dijadikan sebagai santapan harian. Pada kita, mungkin perkara ini menj1jikkan tapi pada mereka perkara ini adalah normal.

Antara negara yang masih jadikan kucing sebagai hidangan ialah China, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Namun, dah ramai aktivis lantang bersuara tentang isu ini agar nasib haiwan comel ini terpelihara.

Baru-baru ini terdapat kehilangan kucing dalam kuantiti yang banyak serta ia didakwa berlaku secara berleluasa bukan sahaja di Temerloh tetapi turut berlaku sekitar daerah Kuantan. Kucing hilang tersebut disyaki dijadikan hidangan oleh warga asing.

Jurina Abdul Rani yang merupakan Pengerusi Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang berkata pihaknya telah banyak menerima aduan daripada orang ramai tapi disebabkan tidak mempunyai bukti yang mencukupi, isu ini susah dipanjangkan kepada pihak berkuasa.

“Kucing jalanan yang kami beri makan semakin berkurangan. Jika ada kucing baru dibu4ng, ia akan hilang selepas beberapa hari”

“Kami berharap pihak berkuasa boleh pasang CCTV di kawasan tertentu” – Jurina Abdul Rani

Jurina Abdul Rani menambah bahawa kamera litar tertutup yang dipasang di kawasan tertentu bukan sahaja dapat mengesan individu yang menangkap dan menganiaya haiwan berkenaan tapi dapat mengetahui mereka yang membuang kucing.

Beliau turut berkata kelabnya pernah memohon agar pihak dari Jabatan Veterinar mengetatkan undang-undang sedia ada tapi tiada tindakan lanjut diambil.

Sebelum ini, ada peniaga mendakwa pernah ternampak warga asing yang menangkap dan memvkul kepala haiwan tersebut dengan kayu sebelum dimasukkan dalam guni serta dibawa ke lokasi tertentu untuk dilapah dan dimakan.

Banyak juga penduduk yang mencari kucing hilang tapi hanya bulu yang ditemui. Pencinta kucing ternyata gɛram dan sɛdih dengan situasi ini serta berharap pihak berkuasa ambil tindakan yang lebih tɛgas.

Harapnya kejadian macam ini tidak berlarutanlah!.

Sumber Kosmo.