UAE Bakal Benarkan Perju.dian. Syarikat Kasino Gergasi AS Umum Bakal Buka Resort ‘Gaming’, Dijangka Siap Menjelang 2026
UAE Bakal Benarkan Perju.dian. Syarikat Kasino Gergasi AS Umum Bakal Buka Resort ‘Gaming’, Dijangka Siap Menjelang 2026
SEJAK 1973, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengalami perubahan daripada negara kecil yang terletak di gurun kepada negara moden dengan taraf kehidupan yang tinggi. Terbaru, syarikat gergasi kasino Amerika Syarikat, Wynn Resorts meletakkan sasarannya pada pasaran baharu yang tidak pernah membenarkan perju.dian sebelum ini iaitu UAE.
Gergasi k4sino yang berpangkalan di Nevada itu mengumumkan perjanjian berbilion dolar dengan UAE yang mana Ras al-Khaimah akan menyaksikan pembukaan sebuah hotel mewah 1,000 bilik dengan 10 restoran dan lounge, spa, kemudahan konvensyen, tempat membeli-belah dan ‘gaming’.
CEO Marjan, Abdulla AL Abdouli dan CEO Wynn Resorts, Craig Billings (Kredit foto: Khaleej Times)
Pengumuman itu dibuat seiring dengan kenyataan Lembaga Kemajuan Pelancongan Ras al-Khaimah (RAKTDA) yang memperkenalkan bahagian baharu, dipanggil Jabatan baharu yang akan mengawal selia resort bersepadu yang merangkumi operasi hotel, ruang hiburan, restoran, spa, pusat konvensyen dan ‘gaming’.
‘Gaming’ sering digunakan secara sinonim dengan perju.dian dalam konteks tempat perhotelan dan masa lapang, walaupun tidak jelas sama ada ia bermaksud perta.ruhan tunai. RAKTDA bagaimanapun tidak dapat dihubungi oleh CNBC.
“Resort bersepadu yang baru diumumkan itu masih dalam fasa reka bentuk awal dan dijangka siap menjelang 2026,” kata kenyataan daripada Marjan, pemaju Ras al-Khaimah yang terlibat dalam perjanjian itu, menurut Associated Press.
Al-Marjan, pulau buatan manusia.
UAE, yang terkenal dengan bangunan pencakar langit yang berkilauan, pusat beli-belah besar. Tiada perbezaan ketara dengan Las Vegas kecuali agama rasmi UAE iaitu Islam yang mel4rang perju.dian.
Walaupun pengambilan alk0hol dan memakai bik!ni di pantai telah lama dibenarkan di Timur Tengah, perju.dian belum dilaksanakan di negara-negara di sana. Sekiranya ia dibenarkan, UAE melakukan langkah besar ke arah liberalisasi dan mempelbagaikan ekonomi tradisional berasaskan minyak.
“Rantau ini menawarkan potensi yang sangat besar untuk industri perhotelan dan pelancongan, dan kami teruja dengan prospek membangunkan resort bersepadu di Ras Al Khaimah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wynn Resorts, Craig Billings.
Dia menyifatkan Pulau Al Marjan, tempat resort itu akan dibina, sebagai “suatu persekitaran yang bersih dan lokasi padang hijau yang ideal.” Al Marjan adalah pulau buatan manusia kurang dari sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.
Ras al-Khaimah ialah emirat paling utara UAE dan telah lama berusaha untuk menarik pelancongan dalam bergelut untuk bersaing dengan ibu kota komersial dan pelancongan negara itu, Dubai. Manakala Wynn Resorts pula adalah syarikat terkenal dengan k4sino dan hotel mewah di lokasi perju.dian terkenal seperti Las Vegas dan Macau.
Terdahulu, Arab News melaporkan bandar Diriyah yang hanya terletak 10 kilometer di barat Riyadh bakal digegarkan dengan persembahan barisan artis antarabangsa sempena konsert hiburan tanpa henti selama dua malam di Diriyah E-Prix 2022. Disember lalu, penganjuran konsert Justin Bieber di Jeddah turut mendapat kec4man ramai di laman sosial Twitter.
Sumber: sinarplus