Menunggu Hari Bersal1n, Sekali Ini Pesanan Siti Nurhaliza Kepada Neelofa, Siap Ded4h Cara Orang Lama
Menanti detik hari melahirkan anak sememangnya begitu mendebarkan semua ibu. Masing-masing dengan cara send1ri. Namun bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau senang memilih cara orang-orang lama sebelum melahirkan anak.
Menurut kata Siti, sewaktu melahirkan dua cahaya matanya sebelum ini dia sering mendapatkan nasihat dan mengamalkan petua-petua orang lama. Dan inilah yang turut dikongsikan kepada Neelofa yang bakal melahirkan cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
“Bila bercakap soal bersalin, sebenarnya masing-masing akan melalui pengalaman mereka send1ri. Macam saya dulu, saya lalui proses pembed4han sebab baby IVF.
“Insyallah walau macam mana pun kaedah yang akan dilalui Neelofa nanti, kita berdoa agar semuanya dipermudahkan.
” Tipnya mudah, zikir je banyak-banyak. Memang itu yang sebetulnya. Dalam agama pun dah diajarkan begitu. Kalau saya dulu, saya memang ikut petua orang-orang lama.
“Apa yang saya buat adalah saya amalkan minum dan mandi air selusuh. Ia adat untuk memudahkan proses melahirkan. Saya percaya orang-orang tua ni mesti akan sarankan kita untuk mengikut adat walaupun hidup kita sekarang dah moden,” kongsinya lagi.
Sempat Pesan Pada Neelofa
Kongsi Siti dia juga berkesempatan berbicara dengan Neelofa malah sempat berkongsi beberapa perkara mengenai kelahiran.
“Sejujurnya saya sempat berkongsi beberapa perkara bersama Neelofa. Saya nasihatkan dia untuk berpantang sebaiknya. Alhamdulillah, saya pasti dia akan dijaga dengan baik semasa berpantang kelak.
” Paling penting emosi kena jaga. Sebab ibu-ibu ketika berpantang ini kena jaga emosi. Anak juga harus dijaga dengan baik. Sokongan suami juga amat diperlukan.
“Alhamdulillah, Haris pun saya lihat banyak bagi semangat pada Neelofa. Saya yakin dia akan lalui segalanya dengan mudah. All the best Neelofa,” katanya lagi.
Neelofa menghitung hari nak bersal1n
Sebagai ibu mengandung, selebriti popular, Neelofa, 33, tidak terkecuali melalui cabaran sepanjang tempoh keham1lan.
Neelofa menyifatkan pengalaman ham1l anak sulung sebagai pengalaman cukup berbeza, tetapi manis.
Isteri kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz itu tidak mampu menyembunyikan debaran melahirkan anak pertama yang dipercayai dalam masa terdekat.
“Boh0nglah jika saya mengatakan proses meng4ndung mudah. Tak dinafikan, ada perasaan gementar untuk menempuh saat ini.
“Dari segi persiapan emosi dan mental, saya kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku dan bertanya kerana keluarga kami agak besar.
“Jadi, saya peroleh banyak nasihat dan tip. Dari segi persiapan, Alhamdulillah semuanya sudah tersedia.
“Insya-Allah, saya akan kongsi berita gembira ini. Memang dalam masa yang terdekat, orang kata saya sedang menghitung hari,” katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, Neelofa berkata, dia dijangka akan melahirkan anak pertama di ibu kota. Harapannya, diberikan rezeki bersal.in secara normal.
“Insya-Allah, kalau diberikan rezeki nak bersalin secara normal, tetapi tak tahu bila masa akan tiba. Dan suami mesti menemani saya, sebab saya tahu ada suami yang penakut,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu juga memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya.
“Kepada mereka yang mengenali saya sejak 12 tahun, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan. Dari setiap segi, tak kira perniagaan atau kerjaya seni.
“Semuanya tak pernah jemu bersama saya. Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran anak pertama saya.
“Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan dan lancar,” katanya yang berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu susu, Nilofa di Baywaters, Kuala Lumpur, kelmarin.
Mengulas adakah akan kembali aktif selepas melahirkan anak, Neelofa berkata, dia akan berehat buat sementara dan akan memutuskannya kemudian.
Namun, dalam keadaan hampir melahirkan cahaya mata, Neelofa bersemangat turun padang meraikan peniaga yang membangunkan perniagaan, Nilofa bersama.
“Sebenarnya, saya sudah banyak mengurangkan masa bekerja. Lebih banyak meluangkan masa di rumah.
“Ini pun jarang sekali saya turun padang. Alhamdulillah, perniagaan dapat dipantau dari rumah. Dari segi tudung, susu dan sebagainya.
“Saya tak perlu selalu ke pejabat dan komitmen yang tinggi. Alhamdulillah, bisnes diuruskan bersama suami.
“Suami yang buat semuanya, seperti turun padang, periksa stok dan sebagainya. Bahagian saya lebih kepada pemasaran,” katanya.
Neelofa bersama ibu dan neneknya pada majlis pelancaran perisa baharu susu, Nilofa di Baywaters, Kuala Lumpur, semalam. – Foto Ihsan Neelofa
Neelofa berkata, dia teruja mengeluarkan perisa baharu iaitu coklat selepas hampir setahun tidak mengeluarkan produk Nilofa akibat p4ndemik C0VlD-19.
Malah, katanya, majlis pelancaran perisa yang sepatutnya dijalankan pada Disember lalu ditangguh ekoran b4njir.
“Alhamdulillah, kami diberikan rezeki mengeluarkan perisa coklat. Harapan saya, perisa ini boleh kekal seperti perisa pertama yang dikeluarkan iaitu pisang. Moga perisa ini dapat memberi fenomena baharu selepas p4ndemik ini.
“Perisa terakhir dikeluarkan adalah mangga dan kemudiannya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi memberi cabaran kepada kami menjayakannya.
“Seperti diketahui, coklat adalah perisa yang tidak perlu diperkenalkan kerana coklat, strawberi dan vanilla antara perisa yang popular. Jadi, kami merasakan Nilofa perlu ada perisa ini,” katanya.
Neelofa mengakui, perniagaannya turut terjejas akibat p4ndemik C0VlD-19 dan b4njir penghujung tahun lalu.
“Sangat mencabar kerana tidak boleh menjalankan penghantaran pada p4ndemik. Tidak hanya itu, ada juga stok musn4h sebab banjir. Ada peniaga terpaksa bungkus kerana krisis kewangan dan sebagainya.
“Bagaimanapun, kami akur dengan keadaan, namun, Alhamdulillah, ramai bangun balik untuk meneruskan perniagaan ini,” katanya.
Melihat perniagaannya tidak putus menerima sambutan, Neelofa berterima kasih kepada peniaga Nilofa yang banyak membantu perniagaannya.
“Dari perniagaan tudung sehingga Markaz Tijaari yang diusahakan dengan suami, semuanya memerlukan dua hala komunikasi. Alhamdulillah, banyak pelajar, guru dan suri rumah yang mahu menambah pendapatan turut serta,” katanya.
Sumber : https://www.dnq.pw/ via Berita Harian