Kereta stereng terkunci, ” Si kecil hilang ibu ketika masih menyusu ”


Jen4zah seorang wanita dan juga ibu kepada dua cahayamata yang men1nggal dalam kem4langan semalam selesai diuruskan di unit Forensik Hospital Shah Alam dan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Krai Kelantan.

M4ngsa Tengku Mas Shafieka ,29, atau lebih mesra dengan panggilan Syasya berasal dari kampung Guchil Kuala Krai Kelantan disahkan men1nggal dunia dalam kemalangan semalam suami dan anak sulung cedera anak bongsu berusia 8 bulan selamat.

Sayu melihat wajah dikecil yang berusia 8 bulan yang kini kehilangan ibu tesayang buat selamanya ayahnya dan abang kini dirawat di Hospital Shah Alam.

SH melaporkan Seorang wanita m4ut manakala suami dan dua anak termasuk seorang bayi ceder4 setelah kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini pada Sabtu.

Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun itu membawa tiga penumpang iaitu isterinya berumur 29 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dan seorang bayi lelaki berumur lapan bulan ketika kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 2.11 petang.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.19 petang.

Kem4langan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai terbabas sendiri sebelum mel4nggar pokok di lokasi kejadian,katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, salah seorang m4ngsa iaitu wanita berumur 29 tahun m4ut dalam kejadian.

Pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan di bahagian pinggang manakala seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki mengalami cedera ringan.

M4ngsa yang m4ut dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba yang terlibat, katanya.

Menurutnya, m4yat mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan mendapati kereta yang dinaiki empat beranak itu dari Bulatan Bestari menghala ke Bulatan Mestika.

Siasatan awal mendapati, pemandu berumur 43 tahun itu mendakwa stereng kenderaannya tiba-tiba tersekat.

Akibat daripada itu, m4ngsa mendakwa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jen4zah Syasya diuruskan oleh Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih yang mengambil jenazah di Unit Forensik Hospital Shah Alam.

Kehilangan ibu “Ketika masih menyusu Badan, Tidak Mengerti Apa Terjadi, Mata berlinang hanya memerhati, Parut di dahi menjadi kenangan.

Ayah dan abg terlantar kesakitan, Sedang dirawat sedang di ubat,Bismillahhirrohmanirrohim, 330pm Sukarelawan Pssk bergerak dari Lembah Klang. Untuk menghantar jen4zah Tengku Mas Shafieka ke guchill kuala Krai Kelantan.

Doakan suami dan anak sulung kepada Allahyarhamah selamat dalam pembed4han Kaki dan pinggul yg patah,Ya Allah Ya robbi. Permudahkan urusan Keluarga ini Permudahkan urusan kami,
Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Jen4zah di bawa ke Masjid Seksyen 24 Shah Alam untuk dimandi dan kafankan selepas itu akan di hantar ke Guchil Kuala Krai untuk dikebumikan petang atau malam ini. Credit Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih.