Sekali lagi dihadap ke mahkamah, lelaki t3tak ‘pak guard’ dituduh membvnuh


Menurut laporan Harian Metro, tertuduh R Subramaniam dihadapkan di Mahkamah Majistret mengikut S3ksyen 302 Kanun Keseks4an (KK) yang memperuntukkan hukuman m4ti jika disabitkan bersalah.

Lelaki yang mencederakan pengawal keselamatan, Ismail Ahmad dalam kejadian di Bukit Bayan, Sungai Petani pada 4 April lalu dihadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan membvnuh, hari ini.

Ia susulan mangsa yang berusia 58 tahun meninggal dunia petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sekali gus polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai bunuh.

Namun begitu, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh yang berusia 41 tahun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh seorang pengganggur didakwa sengaja menyebabkan kematian Ismail selepas mangsa dikatakan menegur caranya menunggang motosikal secara berbahaya.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Semalam, tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Pengakuan tersebut dibuat di hadapan hakim yang kemudian menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Sumber : OMM