Suami Isteri Hidup Berdua Di Bilik Sewa RM100 Hanya Mampu Makan Nasi 50 Sen, Kisah Suami Kehilangan Isteri Cinta Yang Kekal Sehingga Akhir Hayat


Suami Isteri Hidup Berdua Di Bilik Sewa RM100 Hanya Mampu Makan Nasi 50 Sen, Kisah Suami Kehilangan Isteri Cinta Yang Kekal Sehingga Akhir Hayat

Ramai yang mampu kahwin, tetapi tidak ramai yang boleh bertahan dari sebuah penceraian. Ramai yang mampu untuk menjalani rumah tangga sehingga berpuluh-puluh tahun, tetapi tidak ramai yang boleh membawa cinta kekal hingga akhir hayat. Dari semenanjung, nun jauh kita terbang ke Sabah. Ada sebuah kisah suami kehilangan isteri yang boleh mengalirkan air mata kita tentang hakikat sebuah cinta sejati.

Kisah suami kehilangan isteri duduk berdua di dalam bilik sewa kecil

Kita tidak akan nampak susahnya seseorang sebelum kita sendiri menyaksikan dengan dua biji mata. Siapa sangka satu panggilan bantuan untuk mendapatkan sehelai kain kafan rupa-rupanya membawa kepada hakikat sebuah kisah suami kehilangan isteri yang paling membuat kita terharu.

Sehelai kain putih tidak bermakan bagi orang yang tidak memerlukan. Namun bagi sepasang suami isteri yang miskin dan sangat daif, ianya cukup bermakna untuk menguruskan pengebumian seseorang yang sudah meninggal dunia.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Abam Botak, katanya ketika sampai sahaja di rumah tersebut, suami arwah terus memelukya dengan rasa sungguh terharu atas kesudian bantuan yang diberikan.

“Terima kasih banyak kerana sudi bantu saya dan arwah isteri,” kata lelaki tua itu.

Apabila ditanya dimana isterinya akan dikebumikan?

“Di seberang jalan Kg.Seng Kee,” jawabnya.

Siapa pula yang akan memandikan jenazah itu?

“Ada jiran tetangga yang sudah tunggu untuk menguruskan urusan pengebumian arwah,” balasnya.

Lega, setidaknya jenazah sudah tentu akan diuruskan dengan baik selepas ini. Suasana kembali suram masih terkesan pemergian arwah isterinya ketika itu.

Beli nasi putih 50 sen di pasar makan bersama isteri

Entah bagaimana, dalam tidak sedar suami arwah dengan tiba-tiba mula bersuara perlahan tetapi masih mempu untuk didengar di telinga.

“Kau tengoklah dapurku, apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Tiada apa-apa yang dapat aku berikan kepada kamu sebagai balasan membantu aku,” ucapnya ikhlas tetapi perasaan yang masuk di jiwa itu sungguh luar biasa selepas mata menyaksikan sendiri keadaan dalam rumah tersebut.

Memang tiada apa yang boleh dibanggakan dari segi harta atau kebendaan. Tiada anak, tiada saudara mara, tiada harta, hanya tinggal berdua. Dan kini isterinya sudah meninggal, tinggallah dia sebatang kara meneruskan hidup.
Untuk makan sahaja, dia dan arwah isterinya hanya membeli nasi putih yang berharga 50 sen di pasar. Jika ada duit baru lidah ini boleh menjamah lauk-pauk seperti telur atau ikan.

Tuan rumah tidak berkira dengan pasangan suami isteri ini
Mujur dalam setiap kesusahan yang perlu ditempuhi olehnya, Allah SWT hadirkan bantuan dari bentuk kemudahan tempat tinggal dan jiran tetangga yang prihatin. Walaupun harga sewa bilik itu RM 100 sebulan tetapi tuan rumah tidak pernah memaksanya untuk bayar dengan jumlah yang sedemikian.

Apa yang diberikannya, maka itulah yang diterima dengan ikhlas hati oleh tuan rumah. Sekiranya ada seringgit di tangan, maka seringgit itu jugalah yang dibuat untuk membayar sewa bilik tersebut.

Setia hingga hujung nyawa, biar jasad memisahkan hati tetap bersatu terus mencintai

Bukan kerana harta sesebuah perkahwinan itu kekal setia. Bukan juga kerana rupa ianya kekal bahagia, Tetapi makna kahwin yang membawa erti bahagia yang sesungguhnya apabila dua hati saling berkasih sayang dan cinta mencintai denga bahasa mereka sendiri.

Kadang kala kita melihat sesuatu yang mewah dan besar itu suatu kebahagiaan. Namun apabila difikirkan dengan logik akal yang jernih, sungguh sekali rasa bahagia itu kita sendiri yang cipta. Walau sedaif mana keadaan kita, sekiranya ada bahagia yang dijalani sepanjang hidup, rasa tenang sentiasa, maka itulah maksud bahagia yang sebenar-benarnya.

Seperti mana kisah si suami dan arwah isterinya ini yang susah senang, gembira dan sedih bersama tanpa jemu dan lelah. Itulah dua insan yang mampu mempertahankan cinta dan rumah tangga sehingga ke akhir hayat.

Sumber: Abam Botak, majalahilmu.com