“Saman tetap saman…”-Puteri Sarah tak hairan kalau Syamsul bayarkan saman Ira Kazar

 


Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih hangat menjadi bualan ramai hingga ke saat ini.

Apa yang lebih membuatkan ia bertambah panas apabila Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Terbaru, perkongsian isteri kepada pengarah Syamsul Yusof di laman Instagram bersama anak-anaknya menarik perhatian peminat.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai kagum dengan kekuatan pelakon itu serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Pun begitu, ada yang bertanyakan adakah Sarah sudah melihat video tular di TikTok suaminya bersama pelakon Kazar di sebuah kedai emas, baru-baru ini.

Menurut laporan Oh Bulan, Sarah mengatakan dirinya tidak kisah mengenai video tular tersebut. Malah, dia tidak berasa hairan sekiranya Syamsul mahu membayar saman yang dikenakan kepada Ira Kazar.

“Tak kisahlah Syamsul nak bayar saman Ira Kazar atau tidak.

“Janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah.”ujar Sarah.

Untuk makluman, Puteri Sarah nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga dan kini pihak mahkamah menetapkan Ira Kazar tidak boleh menganggu pelakon wanita itu.

Sumber: Oh Bulan (Amirul Asraf)