Jen4zah Ustaz Muthalib Mangsa ‘Penemb4kan’ Kini Selamat Dikebumikan (Al-Fatihah)


Ratusan masyarakat melayu Patani di kg.Piak Pondok, Patani mengikut acara pengebumian jenazah ustaz Abdul Muthalib Awang yang ditembak meninggal tengah malam hari Ahad 10 April 2022

Laporan mengatakan sekitar jam 00.30 tengah malam pada 10 April 2022 bahawa ustaz Abdul Muthalib semasa memandu motosikal pulang dari pos kawalan keselamatan kampung. Kg.Kubang Kiyea, Mukim Datuk, Daerah Nongchik.

Terjadi serangan menembaknya, Peluru mengenai dada dan perut, dibawa ke Hospital Mae Lan dan akhirnya meninggal dunia.

Ustaz Abdul Muthalib dikenali seorang guru agama di Sekolah Yayasan Al-Islamiyah Wittaya (Pondok Kubang Buaya) dan ahli jawatankuasa Masjid Piyek Pondok, Patani.

Demikian Kes penembakan guru agama yang sama terkena pada ustaz Ahmad Syukri Abdul Latif adik lelaki Abdul Aziz Jabal, seorang anggota panel BRN dalam rundingan damai, telah cedera ditembak di pekan Yala pada Khamis, 31 Mac yang merupakan hari pertama rundingan.

Page BRN Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani dalam satu hantaran di laman Facebook, mengutuk serangan itu, manakala seorang jurucakap tentera Thailand berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kes itu namun motif kejadian belum diketahui.

Kes penembakan ustaz Abdul Muthalib Insiden ini pihak pegawai tentera Thai belum membuat kesimpulan bahawa terdapat sebarang konflik, dan masih dalam penyiasatan awal.

Sumber: mymediamaya