Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung


Baru-baru ini, kecoh di media sosial tindakan seorang doktor pakar bius di Brazil memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut seorang wanita yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak dengan kaedah czer telah mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Giovanni Quintella Bezerra itu telah membuka zip seluar kemudian mengeluarkan kemaluannya dan disumbat ke dalam mulut pesakit wanita yang tidak sedarkan diri selepas dibius.

Difahamkan, kegiatan terkutuk dan memalukan lelaki itu terbongkar apabila staf perubatan yang lain merakam perbuatannya secara bersembunyi selepas melihat gerak-gerinya yang mencurigakan ketika dalam bilik pembedahan di sebuah hospital.

Malah, petugas perubatan yang sedang menjalankan pembedahan pada ketika itu tidak sedar akan tindakan lelaki yang berusia 32 tahun terseut kerana berselindung di sebalik kain yang menghalang pandangan pesakit daripada melihat proses pembedahan czer.


Kemudian, sebaik sahaja selesai melakukan perbuatan keji itu selama lima minit, dia membersihkan bahagian mulut pesakit wanita itu untuk menghilangkan bukti dan meminta suami kepada wanita malang tersebut menunggu di luar selepas bayi berjaya dilahirkan.

Lelaki itu telah ditahan dan didakwa dalam aktiviti pemerkosaan malah, dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara lapan hingga 15 tahun jika disabit kesalahan.


Sumber: International Business Times