Ibu Tungg4l Pilu Jaga Anak Terlantar Diseb4bkan Kemal4ngan, Hidup ‘Tanpa’ Sebahagian T3mpurung Kep4la

Ibu Tungg4l Pilu Jaga Anak Terlantar Diseb4bkan Kemal4ngan, Hidup ‘Tanpa’ Sebahagian T3mpurung Kep4la

Terpaksa berpisah setelah hampir 20 tahun bersama adalah jalan terakhir. Tidak cukup diuji sebegitu, datang pula ujian lain ke atas kesihatan tubuh badan sendiri hingga ‘memaksanya’ untuk menjalani kimoterapi.

Wanita mana yang mampu menahan perit diuji keberantakan bersama suami dalam bahtera rumah tangga. Asam garam suami isteri boleh menjadi rencah, tapi ada kalanya boleh bertukar menjadi kancah.

Lelah letih bersilih semput, satu lagi ujian besar datang tanpa dijemput. Allah yang Maha Kuasa menurunkan ujian hebat kepada dirinya yang diyakini mustahil berputus asa. Anaknya pula kemalangan hingga segalanya mengubah suasana.

Diri sakit ‘diratah’ penyakit, perit lagi melihat darah daging sendiri yang terlantar sepi menahan sakit. Terbatas gerak mencari rezeki demi anak-anak. Tiada apa daya mampu dijasa selain bergantung harap pada Yang Maha Esa.

Demikianlah kisah pilu seorang ibu tunggal beranak tiga yang hidupnya diuji dari pelbagai penjuru. Bersempena Sedekah Jumaat hari ini, mari ikuti perkongsian penuh daripada aktivis kebajikan, Natipah Abu di bawah ini.

Semoga kisah ini menjentik hati kita untuk cuba membantu dengan apa yang terdaya – dengan izinNya.

Tak Cukup Diuji Kanser Ovari, Ibu Tunggal Pilu Anak Terlantar Akibat Kemalangan
Sedekah Jumaat: sumbangan pertubuhan JARIAH QASEH MAYBANK 552107634719

“Saya Shanani, seorang ibu tunggal berumur 44 tahun. Telah berpisah dengan bekas suami dua tahun yang lalu setelah 19 tahun hidup bersama.

Dua bulan selepas berpisah, saya disahkan mengidap kanser ovari dan telah menjalani pembedahan membuang ovari dan seterusnya kimoterapi.

Asalnya saya hanya menjalani pembedahan untuk membuang cysts di ovari.

Sebulan selepas pembedahan, doktor pakar menghubungi saya dan saya diminta hadir ke hospital.

Doktor memaklumkan bahawa hasil ujian ke atas sample cysts yang dihantar ke makmal, ada sel kanser dikesan dan saya perlu menjalani kimo dalam tempoh sebulan untuk mencegahnya dari merebak ke bahagian lain.

Waktu itu saya tergamam dan hanya mampu mengalirkan air mata. Di fikiran hanya terbayangkan wajah anak-anak.

Bagaimana tiga orang anak saya hendak meneruskan kehidupan jika sesuatu terjadi kepada saya.

Saat itu, saya memang rasa down yang amat sangat dengan ujian yang datang. Ujian yang datang bertimpa buat saya rasa seolah saya tak sempat nak bangun, datang lagi dan lagi.

Terasa jatuh dan terduduk semula, itulah ibaratnya saya. Sampai satu tahap saya rasa, tidak mahu hidup lagi.

Dengan semangat dari keluarga & anak-anak, saya jalani rawatan kimo sebanyak enam pusingan.

Kesan dari kimo saya mengalami kebas tapak tangan, jari sakit setiap kali bangun pagi & sakit juga di pergelangan tangan.

Berat badan saya pun turun mendadak. Doktor cakap, akan mengambil masa untuk pulih.

Semenjak berpisah, saya bertanggungjawab sepenuhnya menjaga dan menguruskan segala keperluan yang berkaitan anak-anak dengan bantuan ahli keluarga terdekat yang lain.

Allah Maha Besar akhirnya menjentik hati saya bila sekali lagi saya diuji.

Enam bulan yang lalu, anak kedua saya (paling kiri) yang berumur 17 tahun telah terlibat dalam kemalangan.

Sejak itu, saya kembali bangkit melawan semua perasaan. Saya ada tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak.

Saya harus kuat dan tabah demi anak-anak. Saya “lupa terus” tentang penderitaan jiwa dan raga yang saya tanggung akibat penceraian dan kanser.

Anak saya yang menunggang motosikal itu telah dirempuh oleh sebuah lori ais ketika melintas jalan hendak ke padang bola.

Ketika kejadian, dia masih sedar & dapat bercakap seperti biasa. Hanya terdapat luka-luka ringan pada anggota badan.

Semasa dalam perjalanan ke hospital dengan ambulan, dia mula muntah dan memberitahu, lehernya sakit. Dia berkali-kali memberitahu bahawa hendak dia tidur.

Rupanya, tahap oksigen anak saya telah merudum dan terus diintube oksigen & ditidurkan.

Kepalanya terkena hentakan kuat dan menyebabkan berlakunya pendarahan. Tengkoraknya juga ada yang retak.

Kata doktor, keadaan anak saya sangat kritikal & perlu menjalani pembedahan segera.

Akibat dari kemalangan tersebut, tempurung kepala kanannya terpaksa dibuang dan terdapat beberapa sarafnya yang tidak lagi normal.

Sehingga sekarang anak saya masih terlantar. Hanya minum susu khas di tiub yang ditebuk perut. Tengkuknya juga ditebuk untuk membantu pernafasan.

Dia juga masih mendapat rawatan susulan di hospital. Purata temujanji, dua – tiga kali sebulan. Untuk memenuhi temujanji, saya terpaksa menggunakan khidmat ambulan luar.

Anak ketiga saya, berumur 16 tahun dan belajar di tingkatan 4. Mempunyai jantung berlubang sejak lahir dan telah dua kali menjalani pembedahan ketika kecilnya dulu.

Terdapat satu lagi lubang lagi yang tak dapat ditutup. Setiap tahun, kami akan menjalani pemeriksaan dan scan jantung untuk perkembangan terkini.

Terbaru, hospital telah memberi tarikh untuk anak saya menjalani satu lagi pembedahan pada 23/6/2022.

Sejak anak kedua saya kemalangan, saya tidak dapat keluar bekerja kerana menjaga dia yang memerlukan pemantauan sentiasa.

Alhamdulillah, saya ada menerima bantuan dari JKM dan ZAKAT kerana saya memang tiada pendapatan yang lain.

Buat masa ini, keperluan saya yang utama ialah lampin pakai buang anak saya dan susu khasnya yang terlalu mahal.

Sedangkan, pada masa yang sama, saya masih perlu menanggung dua anak yang masih belajar..”

Demikianlah luah Puan Shanani kepada kita tentang ujian demi ujian yang dilaluinya.

Jujur. kita hormati pendirian Puan Shanani yang enggan berkongsi apa-apa tentang bekas suami atas dasar ‘hormat’ walaupun tempatnya telah berganti sebaik ditalakkan.

Apa yang menjadi keutamaannya kini ialah menyelesaikan keperluan anak-anak.

Bagi menunaikan hajat si ibu, maka Sedekah Jumaat kita hari ini mensasarkan RM5,000 dengan niat membeli lampin pakai buang dan susu khas Muhammad Danish Hakim.

Sumbangan Sedekah Jumaat boleh disalurkan kepada Pertubuhan JARIAH QASEH melalui nombor akaun 552107634719 (Maybank).

Semoga dengan sumbangan kita ini akan meringankan penanggungan Puan Shanani dalam menempuh ujian yang mendatanginya.

Jumaat yang barakah,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

*Akaun Sedekah Jumaat kita yang lama MBB 552107617521 masih boleh diguna pakai.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Siakap Keli