"ALLAH Maha Baik" Dibenarkan Pulang Dari Hospital, Ini Luahan Jasmin Hamid

 Pelakon Jasmin Hamid, dibenarkan keluar hospital hari ini selepas dirawat selama beberapa hari kerana sakit jantung baru-baru ini. Jasmin berkata, kesihatannya semakin baik dan bersyukur ramai yang mendoakan serta mengambil berat terhadap keadaannya sepanjang berada di hospital.