Tiba-tiba reb4h ketika ambil duit, peminta sed3kah meningg4l depan bank


Pelanggan di sebuah bank gempar selepas peminta derma tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia secara mengejut di hadapan premis tersebut di Dataran Austin di sini.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi itu, lelaki berusia 50-an berkenaan meninggal dunia dalam keadaan terduduk di lokasi kejadian.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmud berkata, sewaktu kejadian, seorang pelanggan wanita mahu menghulurkan derma kepada lelaki itu sebelum dia tiba-tiba rebah.

“Dia rebah dalam keadaan terduduk sebelum pihak berkuasa dihubungi bagi memaklumkan kejadian itu.

“Pegawai kesihatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian.

Sumber: K! ONLINE