Hasrat anak OKU ikut arwah ibu tertunai, ” Nor Iqmal maut rumah keluarga terbakar ”


Jen4zah remaja orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, Muhammad Nor Iqmal Mohd Shakrisham, 18, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas di sini malam tadi.

Muhammad Nor Iqmal yang m4ut dalam keb4karan di rumahnya di tingkat lapan, Apartmen Desa Bayan, Bayan Lepas pernah meluahkan hasrat mahu mengikut arw4h ibunya.

Perkara itu diberitahu bapa Muhammad Nor Iqmal, Mohd. Shakrisham Mohamad, 50, kepada isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba­yan Lepas, Azrul Mahathir Aziz iaitu Norhailee Abdul Rasid.

Isteri Mohd Shakrisham baru men1nggal dunia akibat C19 pada 9 Mac lalu dan kediaman tersebut dihuni anak beranak berkenaan.

Dia (Shakrisham) ada be­ritahu isteri saya yang anaknya berkali-kali beritahu mahu ikut arw4h ibunya, Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang kem4tian anak pekerja saya ini.

Dalam pada itu bapa saudaranya, Mohd Hasrulnizam Hamid, 41, berkata, urusan pengebumian jen4zah Nor Iqmal selesai kira-kira pukul 9.30 malam sejurus tiba dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, seramai kira-kira 20 ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan hadir pada pengebumian tersebut.

Bapa arwah (Mohd Shakrisham Mohamad) kini masih bersedih dan menangis apabila mengenang pemergian arw4h anak sulungnya itu.

Anak perempuan bongsunya pula kini berada dengan saya dan isteri, Dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Al fatihah.