Ramai hairan kos jeti kayu ‘comel’ bernilai RM50k tak padan dengan harga


Ramai hairan kos jeti kayu ‘comel’ bernilai RM50k tak padan dengan harga

Siap lebih awal katanya. Hebat!

Tak hanya itu, proses pembinaan jambatan tersebut juga dimaklumkan siap lebih cepat kerana tempoh mula projek ini adalah pada 07 Mac 2022 dan siap  pada 01 April 2022.

Difahamkan, pembinaan jambatan baru tersebut adalah bagi menggantikan jambatan lama yang sudah tidak boleh digunakan lagi.

Oleh itu, dengan pembinaan jambatan tersebut ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu.

Kecil sangat jetinya

Mana tidaknya, jeti kayu yang dikatakan bernilai RM50,000 itu seperti tidak padan dengan ‘harga’ kerana hanya sebatas jeti biasa di tepi sungai.

Dalam perkongsian tersebut, pihak JKR Sarawak memaklumkan projek jeti kayu itu telah menelan belanja RM50,000 merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri.

Suruh budak pengakap buat pun boleh settle

Panjang lagi tu, selebihnya terlindung di alam sebalik mata

Mungkin ambil kos risiko kena baham buaya

Baik suruh penduduk kampung gotong-royong je

Macam tak logik dengan harga

Walau bagaimanapun, komen-komen di ruangan Facebook sumber nyata tidak selari dengan ‘kejayaan’ pembinaan jambatan terbabit.

Rata-rata mempersoalkan kembali mengapa gambar jambatan tersebut seakan berharga hanya RM 5,000 sahaja kerana sama seperti jeti kayu pada umumnya.

Sumber: Facebook Corporate Communication JKR Sarawak