Kanak-kanak derita barah otak meninggal dunia


Kanser dalam kalangan kanak-kanak jarang berlaku, namun ia bukan alasan ibu bapa tidak mengendahkan penyakit ini.

Di Amerika Syarikat, sebanyak 15,600 kes baharu membabitkan kanser dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara 0 hingga 19 tahun.

Kira-kira 750 hingga 800 purata kes baharu dicatatkan berlaku setiap tahun di negara ini.

Pakar Perunding Pediatrik Hematologi dan Onkologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Eni Juraida Abdul Rahman, berkata tanda awal penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak sukar dikenal pasti kerana kadang kala ia boleh menyerupai kepada jangkitan atau kesan trauma lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak.

Terdapat beberapa gejala yang yang mungkin menyebabkan anak menghidap kanser dan ibu bapa harus peka terhadap perkara itu.

Katanya, antara gejala penyakit ini adalah demam berterusan atau berulang tanpa sebab, wajah pucat, pendarahan pada kulit seperti lebam atau daripada rongga seperti hidung, gusi dan air kencing.

Anak mata hitam kelihatan putih juga antara gejala kanser mata atau ‘retinoblastoma’ Selain itu penemuan juling yang baru muncul atau bengkak pada sekeliling mata mungkin petanda kanser yang melibatkan otot yang berfungsi menggerakkan mata.

Gejala kanser

“Sekiranya anak menunjukkan tanda tanda seperti ini atau gejala ini berpanjangan, terlalu kerap berlaku dan tanpa sebab, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, jenis kanser yang kerap berlaku pada kanak-kanak adalah kanser darah atau leukemia dan ketumbuhan otak.

Katanya, jenis kanser menyerang kanak-kanak juga kebanyakan berbeza berbanding kanser dihadapi orang dewasa.

Kanser dihadapi kanakkanak dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kanser membabitkan sistem darah seperti leukemia dan limfoma dan kanser organ pepejal seperti otak, buah pinggang, hati, tulang serta otot.

“Kanser darah adalah paling kerap berlaku, iaitu hampir 30 peratus kanak-kanak menghidap penyakit ini.

“Ini di ikuti dengan kanser otak merangkumi hampir 25 peratus daripada keseluruhan kes kanser membabitkan kanakkanak,” katanya.

Beliau berkata, leukaemia berasal dari sel darah dalam sum sum tulang, satu penyakit sistemik dan tidak mempunyai peringkat atau tahap.

Ini berbeza daripada kanser berasal daripada buah pinggang atau tulang misalnya yang mempunyai peringkat.

“Walaupun genetik antara faktor risiko kepada kejadian kanser, risikonya rendah dan setakat ini, punca berlaku kanser kepada kanak-kanak masih tidak diketahui berbanding individu dewasa yang biasanya dipengaruhi oleh gaya hidup tidak sihat termasuk pemakanan,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya teknologi, pakar ginekologi dan obstetrik boleh mengesan sebarang ketumbuhan terdapat pada organ janin.

Jika didapati berlakunya ketumbuhan pada peringkat ini, pakar akan memantau kehamilan, proses kelahiran dan rawatan susulan ke atas bayi.

“Sama ada ia kanser atau tidak, ia hanya boleh ditentukan melalui pemeriksaan tisu atau biopsi yang biasanya dilakukan selepas kelahiran,” katanya.

Jangan berlengah jumpa doktor

Dr Eni Juraida berkata, ibu bapa perlu menerima hakikat, berfikiran rasional, rawatan dan kepercayaan kepada doktor akan memberi peluang anak sihat, jika didignosis kanser.

“Sekiranya berpuas hati dengan penjelasan doktor , disarankan meneruskan rawatan tanpa berlengah.

“Kanser boleh merebak bilabila masa dan rawatan cepat boleh membantu mengurangkan risiko serta meningkatkan peluang untuk sembuh.

Walau bagaimanapun, ibu bapa berhak mendapatkan pandangan kedua tetapi di nasihatkan mendapatkan pandangan daripada pakar onkologi pediatrik terlatih dalam mengendalikan penyakit ini.

“Kanser kanak kanak mempunyai potensi tinggi untuk sembuh. Tidak dinafikan rawatan terpaksa di lalui berat dan memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan.

“Ibu bapa perlu menerima hakikat anak mereka menghidap kanser dan memberi kepercayaan kepada doktor menjalankan rawatan bagi memastikan rawatan berjaya dilakukan,” katanya.

Info

Fakta kanser kanak-kanak

• Antara fakta yang menyumbang kepada risiko untuk mendapat

kanser ialah peningkatan umur ibu bapa.

• Merokok, pengambilan minuman keras tiada bukti saintifik

tetapi ibu bapa disarankan mengamalkan gaya hidup sihat

untuk mendapat bayi sihat.

• Bagi kanser darah, ia tiada peringkat seperti kanser lain.

• Bagi kanser jenis pejal, ia ada peringkat satu hingga empat.

• Gejala kanser

• Gejala awal lain.