LELAKI INI KONGSI DETIK TERAKHIR BELIAU BERSAMA ANAKNYA


Lelaki Ini Kongsi Detik Detik Terakhir Beliau Bersama Anaknya Sebelum Meninggal Dunia | Pengalaman yang paling memilukan dan menyedihkan bagi ibu bapa adalah kehilangan anak mereka, lebih-lebih lagi ketika usia yang masih muda.

Namun seorang ayah telah melalui detik yang sangat pilu apabila kehilangan anak lelaki yang berusia sembilan bulan kerana penyakit yang tidak diketahui.







Danhill Tan ialah orang yang paling gembira dan bersyukur apabila dikurniakan anak pertama, Danric Maurice.

Seperti bayi lain, dia telah dilahirkan dengan sihat dan sempurna. Tetapi setelah beberapa bulan kemudian, bayi comel itu mula jatuh sakit.

Danhill dan isteri menyangka bayi mereka akan pulih selepas rawatan, namun Danric tiba-tiba mengalami penyakit sawan dan ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik di Hospital Besar Cina, Manila.

Danhill dan isterinya terpaksa melihat bayi mereka menghembuskan nafas terakhir disisi selepas bertarung nyawa selama 17 jam.

Sumber : dukulangsat.com