[VIDEO] ‘Papa Aisyah datang, Aisyah dapat banyak piala’, Susun piala dan hadiah tepi kübür! Budak perempuan ‘sembang’ dengan ärwäh bapa tentang kejayaannya buat ramai sebak
Kehil4ngan insan yang tersayang bukanlah suatu perkara mudah untuk diterima.
Apatah lagi jika ia melibatkan ahli keluarga terutama sekali seorang yang bergelar bapa.
Melalui satu perkongsian video yang dikongsi oleh seorang ibu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menziarahi kvbur arw4h bapanya.
Apa yang menyayat hati apabila kanak-kanak itu dilihat memeluk beberapa buah piala yang dimenanginya untuk ditunjukkan kepada arw4h.
“Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Papa, Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah. Piala, buku colour, pensil.
“Papa doakan Aisyah ye. Jadi pandai, bijak, jadi anak solehah.
“Aisyah sayang papa. Aisyah rindu papa,” demikian antara kata-kata yang diungkap oleh kanak-kanak ini sambil berdiri di sebelah pus4ra bapanya.
Tidak lama kemudian, Aisyah duduk sambil menyusun piala-piala yang dimenanginya di tepi kubur arwah.
Kanak-kanak yang belajar di Pasti Darul Muslim di Kapar, Selangor ini ternyata mahu berkongsi kejayaannya bersama bapa yang dirindui.
Menerusi satu video lain berdurasi tiga minit yang dimuat naik, Aisyah dilihat sedang membacakan sajak khas untuk arwah bertajuk Insan yang Teristimewa.
Sepanjang persembahan dalam pertandingan itu, jelas di raut wajahnya dia sedang beremosi menahan sebak sambil mendeklamasikan sajak.
“Kenapa Aisyah sedih baca sajak tu?” tanya ibunya kepada si anak dalam video tersebut.
“Aisyah rindukan papa, papa dah tak ada. Aisyah baca sajak untuk papa,” jawab Aisyah dengan nada penuh sayu.
Menerusi perkongsian video lain di TikTok ibunya, bapa Aisyah dipercayai meninggal dunia pada 11 Mac tahun lalu.
Menerusi video lain pula, Aisyah berkesempatan menitipkan doa buat arwah bapa tercinta.
Dalam doa tersebut, Aisyah sedekahkan surah al-Fatihah buat bapanya dan berharap agar arw4h bapanya ditempatkan dalam syurga.
Susulan video yang tular, rata-rata netizen turut bersedih melihat tindakan Aisyah dan rata-rata menyampaikan mesej-mesej positif mendoakan dirinya di ruangan komen.
“Uncle doakan awak menjadi anak yang solehah dan yang akan memberi banyak pahala untuk arwah papa awak.
“Tak boleh tahan air mata. Allahuakhbar sedihnya. Semoga adik berjaya dunia akhirat. Jadi anak solehah ye sayang.
“Allahuakbar, adik tu bawa kesemuanya hadiah yang dia dapat. Ayahandamu mesti happy di sana,” demikian antara komen beberapa netizen di TikTok.
Tidak terhenti di situ, ramai juga menyifatkan Ustazah Nurul K dipercayai ibunya sebagai seorang wanita tabah kerana mampu membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa suami di sisi.
Sumber mstar.