Temui arwh Abg Wahab trbaring kaku, ” Menghadap kiblat kata Imam Masjid ”


Kemati4n husnul khatimah, Arw4h terbaring k4ku menghadap kiblat seolah-olah tahu dia akan pergi buat selamanya, kata Azizan Muhamad, 52, imam Masjid Nurul Hasanah Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu di sini.

Azizan berkata demikian ketika menceritakan kem4tian Abdul Wahab Mat Noh, 54, yang men1nggal dunia di ruang solat masjid terbabit selepas solat Subuh, semalam.

Dalam kejadian 7 pagi, tukang kebun sebuah sekolah di sini itu ditemukan men1nggal dunia dalam keadaan terbaring ketika membaca al-Quran di ruang solat masjid berkenaan.

Menurut Azizan, dia dimaklumkan kejadian itu selepas selesai mengimamkan solat Subuh apabila diberitahu ada jemaah tidak sedarkan diri.

Ustaz Azizan Muhamad Imam Masjid Nurul Hasanah Bukit Kechil Simpor

Saya kemudian melihat dengan lebih dekat, jemaah berkenaan ialah arwah Abdul Wahab dan ketika itu saya sudah mengesyaki arwah men1nggal dunia.

Melihatkan keadaan jen4zahnya ketika itu memang terasa wajah arw4h sangat tenang dan sejuk mata memandang,katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut keperibadian arw4h, Azizan berkata, arwah setiap hari akan ke masjid menunaikan solat dan juga menghadiri kuliah dan disifatkan sebagai seorang yang sangat baik hati.

Sepanjang mengenalinya, arw4h memang seorang yang bagus serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa dan tidak pernah saya melihatnya memarahi orang.

Bagi saya, arw4h adalah seorang yang mempunyai ramai kawan dan mudah disenangi orang, selain tiada musuh, katanya.

Katanya, sehari sebelum itu dia sempat berbual dengan arwah, namun tiada sebarang petanda ganjil atau pelik yang ditunjukkan.

Jen4zah Abdul Wahab dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Hasanah Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu, semalam. Al fatihah.