Pelajar sempat minta halalkan makan & minum sebelum maut kemalangan
Seorang pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 67, Jalan Muar – Segamat berhampiran sebuah universiti awam di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa, Jamal Farhan Jaafar, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motorsikal Honda 250 ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Menurut rakan sekelas, Siti Nur Farhana Zulkeflee, 17, mangsa sejak kebelakangan ini kerap menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp meminta dihalalkan makan minum beberapa hari sebelum nahas.
“Ketika Jamal menghantar mesej meminta maaf, dia juga sebut bukan hendak mati kepada semua rakan yg ada, kami ingatkan dia sekadar bergurau & tdk sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Ada antara kami yg balas mesej itu dengan membuat lawak & dia membalas kembali dengan mesej ceria,” katanya ketika ditemui di Kampung Paya Lebar Batu Anam di sini hari ini.
Mesej pesanan ringkas serta kejadian nahas itu mula tular di media sosial sejak petang semalam.
Jamal merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan Batu Anam, Segamat adalah ketua kelas kepada 23 pelajar yg lain.
Jenazah remaja itu selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Paya Luas di Batu Anam di sini, sebelum Zohor.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat mengesahkan kejadian & siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Dalam kejadian itu, pemandu pacuan empat roda yg merempuh mangsa tdk mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K!ONLINE