Sayu..”Surat Dari lbu..” G4mbar Kanak-Kanak Ziarah Pusara, Sentuh Hati Netizen, Jurug4mbar Dedah Kisah Disebaliknya


Mungkin ada sesetengah orang yang masih dibayangi persepsi bahawa kerjaya sebagai jurugambar adalah profesion yang mudah. Hanya perlu tekan butang kamera dan dapat bayaran. Namun realitinya bukan semudah itu. Kemahiran fotografi bukan boleh dimiliki dalam masa singat, ia sebenarnya memerlukan masa, ilmu serta latihan yang lama.

Seorang jurugambar bukan hanya terlibat dalam pengambaran dan peralatan kamera sahaja, khidmat mereka juga perlu dalam pemprosesan fotografi, imej dan hasil akhir sesebuah gambar. Mereka akan memilih perspektif atau sudut yang menarik sebelum menangkap gambar supaya gambar yang dihasilkan akan memberi ‘nyawa’ dan menjelaskan sebuah penceritaan terhadap orang yang melihatnya.

Terbaru, karya fotografi oleh seorang jurugambar tular dengan lebih 19,000 kali perkongsian dan 11,000 tanda suka di laman Facebook. Atan Mukris tentang mencipta fenomena dalam dunia fotografi negara apabila karyanya yang merunsurkan ‘storytelling’ dapat menyentuh hati semua lapisan masyarat.

Pada permulaan plot, kelihatan seorang budak lelaki berbaju melayu berjalan sambil memegang jag air. Riak wajahnya terlihat suram dan sayu.

Langkah kaki kanak-kanak itu terhenti di sebuah kawasan perkuburan.

Dia kemudiaannya terduduk disebuah kubur. Tangannya meletakkan jag tadi dan mula membuka helaian Yassin.

Helaian Yassin disingkap dan dibaca, sesekali terlihat si dia mengesat air mata yang mengalir dari tubir mata.

Selesai bacaan, tangannya ditadah. Memohon doa dari-NYA untuk ‘penghuni di sana’.

Doa sudah dititip, tanganya cuba meraba-raba poket menggapai sesuatu. Genggaman bunga ditabur, jag air tadi dituang di atas pusara.

Matanya di memandang sekilas pusara, kakinya mula melangkah baru beredar.

Namun dia kembali berpaling, tangannya lantas mencapai sesuatu dipoket baju melayu.

Sekeping surat dikeluarkan, ia tertulis “Ibu Sayang Kamu, Jaga Diri Baik-Baik”.

Himpunan gambar tersebut nyata memberi impak besar kepada masyarakat tentang erti kehilangan. Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja yang mengetahui betapa pilu dan sunyinya hidup tanpa insan tersayang, lebih-lebih lagi seorang ibu.

Cerita Disebalik Sisi Duka Si Anak Kecil
Menurut Mukris diketika dihubungi Siakap Keli, beliau menyatakan bahawa kejadian ini hanya lakonan semata-mata. Ia merupakan inspirasi idea untuk berkongsi dengan masyarakat tentang sayunya sebuah ‘pemergian’, terutamanya pemergiaan abadi yang tidak akan pernah kembali. Jadi untuk menyampaikannya, Mukhis menggunakan watak seorang kanak-kanak lelaki merindui ibunya yang meninggal dunia.

Mukris menjelaskan lagi bahawa sebagai seorang jurugambar, beliau perlu mengambil kira segala aspek. Antaranya latar tempat, posisi dan reaksi watak, prop dan teknik penyuntingan foto. Beliau juga sering meminta pendapat dari gurunya Firdaus Zulkefili tentang cara untuk menghasilkan mood dalam pengambaran ini. Gambar tersebut diambil pada pukul 6.15 petang dan kebetulan waktu itu suasana mendung.

Pemilihan subjek (watak) sangat penting kerana subjek perlu melakukannya dengan sepenuh hati dan menganggap kamera seolah-olah tidak ‘wujud’. Mukris juga perlu menitikberatkan tentang penceritaan logik mengikut situasi, contohnya kedudukan bunga dan surat diopoket baju melayu dan scene menangis, selalunya kanak-kanak akan mengesat airmata dengan bajunya sendiri.

Diruangan komen pelbagai reaksi diutarakan oleh netizen. Ramai yang menyatakan bahawa mereka tersentuh dan kagum dengan penceritaan berdasarkan gambar tanpa caption tersebut.

Deep, Penceritaan Sampai

Penuh Dengan Emosi

Tanpa Perkataan Tapi Terkesan

Sumber : Atan Mukris