Satu lahad utk 4 skeluarga,” Ustaz Nazri sebak imbau kejadian korbankn insan trsayang ”


Jen4zah empat beranak yang m4ut dalam kem4langan di Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dekat Bentong, semalam, selamat dikebumikan, hari ini.

Semua m4ngsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa pada 9.50 pagi.

Sebak luahan suami, Saya sempat mendengar arw4h isteri sebut ‘Allahuakbar’ sebelum kami dirempvh kenderaan itu dan menyebabkan isteri serta tiga anak kami terc4mpak keluar dari kenderaan.

Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kehadiran kenderaan berkenaan di hadapan kereta kami,kata Mohd Nazri Hamid, 44.

Isteri Mohd Nazri, Raihan Mohamad, 43, men1nggal dunia dalam kemal4ngan di Jalan Lebu ke Mempaga dekat Bentong, 2.30 petang, semalam.

Mohd Nazri yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang berkata, mereka sekeluarga bersama abang iparnya, Mohd Zaid, 46, bertolak dari kuarters kediaman di Felda Aring 1, 10 pagi semalam untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara isterinya di Kajang, Selangor.

Saya memandu kereta di hadapan, manakala abang ipar sekeluarga yang menaiki Mitsubishi Pajero berada di belakang di sepanjang perjalanan itu.

Anak kedua saya, Ahmad Awaz, 12, dan ketiga, Ahdan Fasihah, 11, menumpang kereta abang ipar. Di sepanjang jalan kami tidak berhenti namun, sebaik sampai di lencongan Sungai Koyan, ada satu treler terbalik dan menyebabkan perjalanan kami tergendala selama setengah jam.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di lampu isyarat di lokasi kejadian. Saya meneruskan pemanduan selepas melihat dua kereta di hadapan bergerak sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum kereta kami dirempuh kenderaan itu, katanya.

Menurutnya, kenderaan abang iparnya berada di belakang dan terlepas daripada nahas berkenaan, Beliau reda dengan kejadian itu yang menyebabkan isteri dan tiga anak men1nggal dunia di hadapan matanya.

Saya reda dengan kejadian ini dan berterima kasih kepada semua yang prihatin membantu kami di lokasi kejadian sehingga jenazah kesemuanya dikebumikan,katanya.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkubur4n dengan kehadiran suami, Mohd Nazri Hamid, 44, ahli keluarga dan saudara mara.

Terdahulu, jenazah Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7; dan Ahda Imtinan, 5, tiba pada 8.30 pagi,Mereka kemudian disembahyangkan di Masjid As-Siddiqin, di sini, diimamkan oleh Mohd Nazri.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, keempat-empat mangsa meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 2 Jalan Lebu ke Mempaga.

Mereka dalam perjalanan dari Gua Musang untuk menghadiri kenduri kahwin di Kuala Lumpur,Raihan dan tiga anaknya meninggal dunia manakala suami Raihan, Mohd Nazri dan pemandu pacuan empat roda cedera. Al fatihah.