Remaja mohon maaf, cuba curi tabung masjid untuk beli ubat atuk sakit


Remaja Mencvri Tabung Masjid, Duitnya Untuk Menolong Atuknya Yang Sedang S4kit P3rgi Berubat-.

Kes seorang remaja berusia 19 tahun yang mengaku bersalah cuba mencuri tabung masjid dan disorokkan ke bilik mandi jenazah masih hangat diperbualkan.

Mana tidaknya, video remaja tersebut yang dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid telah tular di media sosial dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Dijel 10 hari dan denda RM4,000
Hari ini, menerusi laporan dari Bernama, remaja tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dengan denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perkara itu di Masjid Al Islahiah, Kuang, Rawang pada 8 Januari 2022 jam 11.58 malam.

Majistret, Nik Mohd Fadli turut menegur tindakan tertuduh yang cuba mencuri tabung masjid kerana ia perbuatan yang salah.

Nak beli ubat atuk yang sakit
Walau bagaimanapun, peguam kepada pemuda tersebut, Azman Abdullah telah tampil memohon hukuman berbentuk pengajaran kepadanya dengan alasan kesalahan berkenaan adalah kali pertama dilakukan dan anak guamnya yang juga sudah insaf.

Tertuduh juga memohon maaf kepada pihak masjid serta mahkamah atas tindakan yang dilakukan. Tambahnya, dia berbuat demikian kerana mahu membeli ubat buat datuknya yang berusia 70 dan menghidap penyakit kencing manis. Dia turut menjelaskan sudah meminta bantuan dari beberapa orang namun, mereka juga tidak dapat membantu.

“Anak guam saya memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid. Alasan dia (cuba mencuri) kerana dia perlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. Dia cuba meminta kepada orang tetapi mereka tidak boleh tolong.”
“Anak guam saya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan ibu bapanya telah bercerai sejak dia berusia lapan tahun. Dia tinggal bersama datuknya berusia 70-an dan kehidupan mereka bukan senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran,” kata Azman yang merupakan peguam pro bono (tanpa bayaran atau sukarela).

Menerusi makluman dari Bernama lagi, sebelum ini siak masjid berkenaan mendapati tabung masjid hilang dan memeriksa rakaman video tertutup (CCTV) sebelum memaklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid.

Mereka mengesyaki suspek merupakan orang yang tinggal di sekitar masjid sebelum mereka membuat rondaan dan menemui individu yang sama seperti dalam CCTV.

Ketika dihampiri dan ditanya tentang perkara tersebut, remaja berkenaan mengaku dan pihak masjid segera menangkap sebelum menghubungi pihak polis.

Video tular di media sosial
Terdahulu, rakaman video jemaah masjid memandikan seorang remaja seperti jenazah tular di media sosial. Dia telah dilumurkan dengan kapur barus sebelum dicucur dengan air paip oleh ahli jemaah masjid sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Sumber:OH MY MEDIA