Pncuri tabung ditngkap AJK Msjid , ” Di mandikn ala jnazah siap lumur kapur barus ”
Seorang rem4ja terpaksa menjadi ‘jen4zah’ buat sementara waktu selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid.
Menerusi perkongsian di laman sosial remaja terbabit telah dimandikan seperti seorang jena4ah sebagai hukuman kerana mencuri di masjid berkenaan.
Tindakan tersebut dilakukan oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid sambil diawasi oleh beberapa orang penduduk kampung.
Menarikya, suspek turut dilumurkan kapur barus sama seperti memandikan jenazah meskipun dia masih lengkap berpakaian.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kejadian itu berlaku di mana dan bila tarikh klip video itu dirakam.
Namun, rata-rata netizen menyokong tindakan yang telah diambil AJK masjid dan penduduk kampung sebagai pengajaran kepada remaja terbabit.
“Bagus tindakan ini, biar dia (pelaku) berakal sikit selepas ini, moga insaf,” tulis Harun Salleh.
“Tanam satu malam kat lubang kubur lagi baik rasanya,” ujar Abdul Latif pula.
Bagaimanapun, ada juga netizen mengecam perbuatan itu kerana mendakwa pihak AJK masjid dan penduduk kampung telah mengambil tindakan sendiri serta telah membelakangi undang-undang.
“Mengapa ya ambil tindakan undang-undang mengikut selera sendiri. Jika dibenarkan maka tiada guna pihak penguatkuasa undang-undang,” soal Menji Juel. Credit Kosmo.