Ustz Haji Shafie prgi jua ,” Imam masjid Negeri Kedah ini dirawat sejak Ahad lalu ”
Imam Masjid Negeri Kedah, Shafie Ismail, 58, men1nggal dunia di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Kulim kira-kira jam 4.37 petang tadi.
Difahamkan arw4h sebelum ini terj4tuh di bilik air di kediamannya di Kulim, pada pagi Ahad lalu sebelum dimasukkan ke wad di hospital berkenaan.
Imam Besar Masjid Negeri atau lebih dikenali sebagai Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim, berkata pemergian Allahyarham sangat menyedihkan kerana beliau sentiasa komited dalam melaksanakan tugas.
Allahyarham membuat keputusan untuk pencen awal berikutan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan kerana menghidap penyakit d4rah tinggi dan kencing manis. Beliau sebenarnya sedang dalam cuti sementara menanti tempoh untuk berpencen.
Kali terakhir kami bertemu adalah kira-kira dua minggu lalu selepas beliau mengimamkan solat waktu di Masjid Zahir. Kami ada bersembang mengenai kesihatannya dan hari ini saya dimaklumkan beliau telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.37 petang tadi, katanya ketika dihubungi di sini.
Roslan berkata pemergian Shafie dianggap sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada warga Masjid Zahir dan jemaah di situ.
Katanya, Allahyarham seorang yang lemah lembut dan memiliki pengetahuan yang cukup tinggi berkaitan dengan ilmu agama.Al fatihah.