Telah kembali ke rahmatullah, ” Tuan Guru Syeikh Haji Yahya mninggal viva trbakar ”


Saya terkejut terima berita ayah terbabit kem4langan dan men1nggal dunia. Kali terakhir kami bertemu semalam, kata Usamah Yahya, 21.

Usamah adalah anak ke-10 tokoh agama Allahyarham Tuan Guru Syeikh Haji Yahya Asy’ari, 65, yang ditemukan rentvng dalam kereta Perodua Viva yang dipandunya selepas terbabit dalam kem4langan membabitkan lima kenderaan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing di sini, hari ini.

Menurutnya, bapanya dipercayai dalam perjalanan dari mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena ke rumah mereka di Kampung Lubuk Reba, di sini.

Usamah berkata, jenazah bapanya kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk urusan bedah siasat.

Dia bagaimanapun berkata, mereka sekeluarga belum berbincang untuk urusan pengebumian jen4zah arw4h bapanya sehingga urusan di hospital selesai.

Setakat ini jenazah masih di hospital dan kami belum terima sebarang maklumat daripada doktor setakat ini, katanya.

Allahyarham Yahya sangat disegani dan pernah melanjutkan pelajaran di Makkah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum, Madrasah Saulatiyah dan Jami’ah Ummul Qura selama 28 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian dipercayai berlaku 4.40 petang membabitkan lima kenderaan iaitu Perodua Viva, Proton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kem4langan berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu m4ngsa datang dari arah Sungai Jagung menghala ke Padang Pusing cuba memotong kereta Proton Saga di hadapannya.

Bagaimanapun kereta itu bertembung dengan Toyota Hilux sebelum terb4bas dan mel4nggar dua kenderaan lain.

Akibat pertembungan itu, Perodua Viva itu dipercayai terseret dan terb4kar menyebabkan pemandunya men1nggal dunia di tempat kejadian,katanya ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata, kem4langan itu membabitkan 12 mangsa dengan satu kem4tian, dua cedera ringan manakala sembilan mangsa tidak mengalami keceder4an.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu dengan melulu dan memb4hayakan menyebabkan kem4tian dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Polis menasihatkan supaya semua pemandu lebih berhati-hati dan tidak memandu dengan melulu agar kemalangan dapat dielakkan dan selamat sampai ke destinasi.

J4sad m4ngsa dihantar ke HSB untuk tindakan lanjut berikutan keadaan mayatnya yang rentung,” katanya.

Arriz Sham berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang memadamkan kebakaran dan membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu.Al fatihah.