Papa dah x ada syg, ” Arwh Apiz tinggalkn istri serta 2 ank brusia 2 thn & 1 thn ”


Arw4h memang seorang yang ceria dan baik hati, kali terakhir berjumpa buat majlis makan bersama keluarga bulan lalu, dia juga yang memasak untuk kami semua, kata Rosli Saidin, 52.

Rosli adalah abang ipar kepada pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang m4ut dalam insiden tanah rvntuh di Seksyen 27 FT 185, kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, semalam.

Rosli berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian yang menimpa adik iparnya itu menerusi isteri arw4h kira-kira 7 malam sebelum bergegas dari Butterworth, Pulau Pinang terus menuju ke Ipoh.

Pada mulanya anak saya ada melihat gambar lori dalam kejadian yang tular, namun tidak dapat pengesahan daripada sesiapa sama ada mangsa itu adik ipar saya, katanya ketika ditemui di Jabatan F0rensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, malam tadi.

Beliau berkata, arw4h memang kerap berulang alik ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur.

Katanya, arw4h disifatkan sebagai seorang yang ceria dalam keluarga dan baik hati dengan semua orang.

Kami memang agak terkejut dengan kejadian ini namun kami sekeluarga reda dengan pemergian arw4h, katanya.

Katanya, arw4h mempunyai sepasang anak berusia kira-kira dua dan setahun hasil perkahwinan dengan adik perempuannya.

Terdahulu, jen4zah Muhammad Hafiz tiba di di perkarangan Jabatan Forensik HRPB dengan trak polis pada jam 11.50 malam.Al fatihah.