Hantar Ibu Pergi Hospital Sebab S4kit Perut, Anak Tak Sangka Itu Pertemuan Terakhir Mereka
Hantar Ibu Pergi Hospital Sebab S4kit Perut, Anak Tak Sangka Itu Pertemuan Terakhir Mereka
KEHILANGAN insan bernama ibu sememangnya per1t untuk digambarkan. Hampir tiga bulan pemerg1an ibu ke negeri abadi, pemuda ini berkongsi rasa menerusi satu video di aplikasi TikTok. Lambaian si ibu yang diletakkan di awal video, iaitu ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas mengerjakan umrah seolah-olah menghantar mesej untuk ‘pergi’ selama-lamanya.
Menurut Amirul Yik, ibunya, Suryani Ismail, 47, yang men1nggal dun1a pada 27 Ogos lalu selepas dij4ngkiti Cov1d-l9, benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat dirinya dan keluarga. “Dekat awal video tu saya masukkan rakaman yang diambil ketika ibu pertama kali nak pergi umrah pada Januari 2020. Dia melambai-lambai, seperti simbolik mahu pergi meninggalkan kami.
“Sebenarnya kami tak expect pun dia p0sitif Cov1d-l9. Pada mulanya, ibu s4kit perut dan kami ingat s4kit perut biasa dan tiada kaitan dengan Cov1d-l9. Masa tu tak nampak langsung simpt0m lain. Lama-kelamaan, ibu l3mah dan tak l4rat. Saya ajak juga pergi klinik buat check up… masa tu waktu menunjukkan pukul 12 tengah malam dah. Ibu buat ujian calitan sekali. Tapi keputusan ujian kena tunggu sehari.
“Tapi sebelum keputusan keluar, tak lama tu ibu mengadu tak tahan s4kit dan ajak pergi hospital. Kami berat hati juga sebab memikirkan di hospital, ibu lebih terded4h dengan ris1ko j4ngkitan Cov1d-l9 namun kami akhirnya akur kerana mahu ibu dapatkan raw4tan,” kata pemuda berusia 21 tahun ini.
Amirul bersama arw4h ibunya sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah pada Januari 2020.
Amirul berkata, keputusan ujian calitan akhirnya mengesahkan bahawa ibunya positif Covid-l9.
“Memandangkan ibu positif, kami sekeluarga semua buat sw4b test dan hasilnya enam orang ahli keluarga termasuk saya positif. Hanya adik bongsu saja yang negatif. Tiga daripada kami dikuarantin di rumah termasuk saya, manakala tiga yang lain di pusat kuar4ntin.
“Dua hari pertama ibu di hospital, keadaannya nampak okay walaupun agak lemah. Kami selalu buat video call. Masuk hari ketiga, ibu perlukan bantuan oksigen 50 peratus.
Hantar ibu pergi hospital sebab s4kit perut, anak tak sangka itu pertemuan terakhir mereka… sempat beri pesan apa perlu dibuat jika ada berita mengejutkan
Arwah ibu bersama bapanya.
“Tak lama tu, doktor maklumkan pihak mereka kena tidurkan ibu. Anak dan suami mana yang tak sedih. Kita tahu, kalau intubate, peluang antara hidup dan m4ti adalah 50-50,” cerita anak ketiga daripada empat adik beradik ini.
Menurut Amirul, setiap hari doktor akan menghubungi keluarganya untuk memaklumkan perkembangan semasa ibunya. Namun panggilan yang diterima pada petang 26 Ogos benar-benar membuatkan mereka tersentak dan diselubungi seribu satu perasaan.
Selepas satu-satunya adik ibu buat video call dengannya tengah malam tu, ibu hembuskan nafas terakhir.
“Masa tu kami sekeluarga ada dalam video call tu. Doktor beritahu situasi ibu ketika itu… kata doktor, paru-paru dan buah pinggang dah ros4k, dan hampir pakai sepenuhnya bantuan oksigen. Doktor juga beritahu, mungkin malam tu ibu dah tak ada.
“Tipulah tak sed1h. Takut kehilangan, terkejut… semua bercampur baur. Selepas satu-satunya adik ibu buat video call dengannya tengah malam tu, ibu hembuskan nafas terakhir. Mungkin ibu tunggu adik dia,” katanya yang menetap di Cheras.
Tambah Amirul, sebagai salah seorang anak yang sememangnya rapat dengan arwah ibu, dia sendiri mengambil masa selama dua bulan untuk benar-benar bangkit daripada kesedih4n. “Saya ingat sebelum ibu masuk hospital, dia panggil kami adik beradik. Seolah-olah beri amanat. Katanya, kalau ada berita mengejutkan, misal kata dia ‘pergi’, jagalah satu sama lain, jaga ayah.
Gambar kenangan Amirul (kiri, belakang) bersama arw4h ibu dan keluarga ketika hari raya baru-baru ini.
“Saya kongsi video tu sebenarnya hanya untuk kenangan. Dan saya nak sampaikan kepada semua, bahawa ibu adalah segalanya. Saya ingat kata-kata ibu, buat apa cari pahala kat luar, dekat dalam rumah pun boleh buat pahala. Apa-apa berkaitan ibu, semua pahala.
“Ramai juga share cerita sama, kehilangan orang tersayang. Dan mereka kata saya kuat. Sebenarnya saya tak kuat. Dua bulan saya ambil masa nak ‘heal’. Rindu tu sampai sekarang ada lagi. Sesiapa yang masih ada mak dan ayah atau orang tersayang, ambillah seberapa banyak gambar atau video. Kalau mereka dah tak ada, maka tak ada dah momen tu,” katanya lagi.