Derita barah esofagus hingga fizikal berubah doakan kesembuhan buat pemuda ini


Baru-baru ini, telah tular satu perkongsian yang memaparkan berkenaan seorang lelaki berusia 20 tahun bernama Fajar Septiawan mend3rita b4rah esofagus. Difahamkan bahawa Fajar adalah warga Desa Jajar Sumberkepuh, Kabupaten Tanjunganom Nganjuk, Indonesia. Selepas menjalani pemb3dahan, Fajar kini dilaporkan sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Untuk makan, Fajar dilaporkan terpaksa menggunakan tiub yang dilekatkan di perutnya. Tiubnya itu pula difahamkan sering tersumbat. Bahkan dia dikatakan terpaksa membersihkan atau menukar tiub yang baru di Rumah Sakit Sutomo di Surabaya. Keadaan kesihatan Fajar sering kali menyusut dan ianya memaksanya untuk berulang-alik ke hospital.

Berat badan Fajar juga turun secara drastik. Malah, beberapa potret dirinya sebelum dan selepas mend3rita barah esofagus telah membuatkan ramai warganet bersimpati. Warganet yang bersimpati akan nasibnya itu telah bekerjasama untuk mengutip dana buat Fajar agar dapat meringankan ujian yang dihadapinya.

Sumber:siakapkeli