Pengarah fiIem menantu kepada artis veteran Mek Habsah meninggal dunia ketika memandu. Salam takziah buat keluarga


Rosmawaty Rahamis tidak menyangka kejadian kemalangan yang dilihatnya ketika sedang memandu untuk ke tempat kerja pagi hari ini sebenarnya membabitkan suaminya.

Suaminya, Mohd Husri Husin, 51, yang juga pengarah filem, dokumentari dan penulis skrip meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang memandu sebelum terbabas melanggar tiang elektrik di tepi jalan kira-kira jam 10 pagi, hari ini.












Rosmawaty yang juga anak kepada artis veteran, Mek Habsah berkata, kebiasaannya mereka akan bersama-sama menghantar anak bongsu ke Tadika di Seri Gombak pada jam 8.30 pagi sebelum bersarapan di mana-mana kedai.

Bagaimanapun, Rosmawaty tidak dapat keluar bersama suaminya kerana perlu bersiap untuk ke tempat kerja pada jam 10.30 pagi.

Jam 10.30 pagi saya ada buat kerja sambilan. Suami memang tahu dan memang dia nak hantar saya ke tempat kerja, tapi saya suruh dia pergi dengan anak, manakala saya nak bersiap.

“Nanti bila dia balik boleh hantar saya pula. Namun, saya tunggu dia selama satu jam tetapi dia tak muncul. Saya cuba menghubunginya tetapi tiada jawapan,” katanya yang kemudian membuat keputusan memandu sendiri untuk pergi bekerja.

Rosmawaty berkata, ketika dalam perjalanan, dia terserempak dengan kejadian kemalangan.

“Saya nampak kereta Perodua Kancil warna merah yang melanggar tiang lampu dan mula rasa tak sedap hati. Saya telefon anak di rumah sekiranya polis ada hubungi dia, tapi katanya tiada.






“Arwah mengalami calar di bahagian lengan dan kaki akibat terkena kaca cermin depan yang pecah. Saya dimaklumkan dia mengalami serangan jantung.

“Saya dan enam anak reda dengan pemergiannya. Keadaannya seperti sedang tidur dan tersenyum,” katanya mengakui suaminya memang ada masalah jantung.

Husri pernah menjadi penerbit Selamat Pagi Malaysia dari 1994 hingga 2000. Allahyarham juga pernah mengarah filem Uncle Usin lakonan Johan Raja Lawak dan Zizan Razak pada 2012.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Rantau, Negeri Sembilan malam, hari ini.

Sumber HM