lbu tunggaI 9 anak dijatuhi hukuman maatti mandatori miIiki, edar ddah


Seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alwi Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairun Jalmani, 55, selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI










Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.





Sepanjang prosiding pendakwaan, pihak pendakwa menampilkan empat saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi termasuk tertuduh sendiri.

Tonton Video :

Sumber Astro Awani