Khabar duka, Alif Amuddin 3 tahun hilang semalam ditemui meninggal dunia jatuh Iemas di Sungai Tawau. Salam takziah buat keluarga


Semalam media melaporkan kehilangan seorang kanak-kanak 3 tahun yang jatuh lemas di sungai.

Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan dalam kejadian di Kampung Jawa Lanut, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kanak-kanak berusia 3 tahun terbabit dikatakan tergelincir jatuh ke Sungai Tawau dan sehingga kini gagal ditemui.

GAMBAR-GAMBAR ADA DI BAWAH SEKALI
















Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kanak-kanak berkenaan masih belum dapat ditemui dan operasi mencari dan menyelamat terus giat dijalankan.

“Setakat jam 5 petang hari ini, operasi masih gagal mengesan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Alif Amuddin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, usaha mencari masih dijalankan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -Deasoka

Mayat dijumpai tersangkut di pokok buluh

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh di Sungai Tawau, di sini, pada awal pagi Ahad.

Mayat Mohd Alif Amuddin ditemui pada jam 8.19 pagi iaitu kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh di jambatan Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas disambung pada hari kedua bermula jam 6.52 pagi Ahad.

“SAR dilaksanakan melibatkan 10 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

“Mangsa kemudian ditemui oleh pasukan bomba dan penduduk kampung dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh iaitu pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.




“Operasi SAR kemudiannya ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, kanak-kanak terbabit dikhuatiri lemas selepas dikatakan tergelincir sebelum terjatuh dari jambatan sungai berkenaan.

sumber SH & DEASOKA