Dah Dibenarkan Solat Berjemaah Kat Masjid Ataupun Surau Tapi Mesti Melengkapkan Dua Dos Vaksin Sebagai Syaratnya,Alhamdulillah Syukur Keatas Ilahi
Dah Dibenarkan Solat Berjemaah Kat Masjid Ataupun Surau Tapi Mesti Melengkapkan Dua Dos Vaksin Sebagai Syaratnya,Alhamdulillah Syukur Keatas Ilahi .
Melalui satu sidang media khas yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, kemudahan kepada individu yang lengkap dua dos vaksinasi COVID-19 telah diumumkan.
Bagi individu yang mengambil suntikan vaksin dua dos iaitu jenis Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac, individu perlu melepasi hari ke 14 setelah suntikan dos kedua untuk mendapatkan kemudahan ini.
Manakala untuk vaksin satu dos seperti Jongson&Johnson, kemudahan ini terpakai selepas hari ke 28 dari tarikh suntikan.
Dengan ini, aktiviti solat sahaja dibenarkan ke atas semua fasa PPN. Jemaah perlu menunjukkan sijil digital lengkap dua dos vaksin kepada petugas masjid atau surau sebelum masuk ke pusat ibadah. Jemaah perlu terus pulang lepas solat jemaah selesai.
Kemudahan untuk aktiviti ibadah ini turut terpakai untuk semua agama.
Semua kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi berkuatkuasa pada hari Selasa, 10 Ogos 2021.
Sumber: RTM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
