Baru pkul 8 malam tapi “dia” dah menumpang di bumbung buat lelaki ini ketakutan.

 

Entiti atau makhluk halus ini boleh menjelmakan diri mereka di mana sahaja dengan kuasa dan izin-Nya. Namun, penjelmaan ini membolehkan menimbulkan rasa seram dan takut apatah lagi jika terdapat bukti yang jelas.

Bayangkan, kita ternampak satu entiti ketika memandu pada malam hari di tengah jalan raya. Sudah tentu perasaan meremang dan seram akan muncul secara tiba-tiba ketika itu.

Sama seperti kisah seorang lelaki yang telah merakam satu sosok tubuh seakan ‘pocong’ yang berada di atas kereta depannya ketika dia sedang memandu.

Video tular itu telah dimuat naik dalam akaun Tiktok oleh @annparii dan meraih 800 ribu tontonan oleh warganet. Menurut pengirim, video itu diambil pada jam 8 malam ketika dia memandu di atas ‘highway’.

“Nasib baik la baru pukul 8, kalau pukul 12 tengah malam ni. Tak tau la. Berdiri elok atas kereta tu…”

Penampakan sosok putih itu kelihatan jelas seperti sedang ‘menumpang’ kenderaan di dalam video.

Lihat video :

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut. Namun, ianya telah menjadi tular di media sosial kerana penampakan itu sangat jelas dan nyata.

Menjengah di ruangan komen, rupanya ramai warganet yang menghadapi situasi sama seperti pengirim video. Mereka juga turut berkongsi pengalaman mereka dalam menemukan entiti secara tiba-tiba di atas jalan raya.

 

Sumber : siakapkeli.my