Sepakat gesa PBB mengusir Israel

Ahli Parlimen Malaysia bersepakat menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengusir Israel daripada perhimpunan dan semua agensi badan dunia berkenaan. Ia kerana kegagalan zionis itu memenuhi kewajipan sebagai anggota PBB dalam isu pengilhakan oleh mereka. Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata, dalam perbahasan di dalam kamar khas hari ini, ahli parlimen juga akan membawa mesej kesedaran di kawasan parlimen masing-masing berkaitan isu di Palestin.