Lelaki Sebak Bersendirian Tanpa Keluarga, Urus Jenazah Bapa Meninggal Akibat Covid-19

Di negara-negara luar seperti Iran, Spain dan India, kadar kematian disebabkan wabak Covid-19 mencatat jumlah kenaikkan yang tinggi.
Justeru, dalam mengendalikan pesakit Covid-19, perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak perubatan bagi mengelakan risiko jangkitan.
Sayu kebumikan ayah sendirian
Begitu juga apabila melibatkan kematian, seperti di India, foto seorang lelaki memaparkan kesedihan apabila hanya dia sahaja waris yang dibenarkan menguruskan jenazah ayahnya yang terkorban akibat Covid-19.
It seems like the most heartbreaking scene in the world ...
Hafez is the only child next to his father's body who died of Coronavirus.
Neither neighbours nor relatives came.
Ya Allah we are sinners and you are Ar Rahman Please forgive us#CoronaVirusPakistan
30 people are talking about this
Waris tidak dapat datang ke pengebumian
Di India juga, ahli keluarga mahu pun saudara mara tidak dibenarkan untuk terlibat dalam urusan pengebumian, melainkan mendapat kebenaran daripada pasukan perubatan yang bertugas.
Dapat dilihat menerusi foto yang dikongsikan, betapa pilunya wajah seorang anak apabila hanya dia seorang sahaja yang mengiringi jenazah ayah di perkuburan.
Meskipun ia adalah realiti yang pahit untuk ditelan, namun SOP perlu diikut demi kebaikan bersama dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.





