Dakwaan Peralihan kerajaan ganggu KKM perangi Covid-19, Dr Noor Hisham mula bersuara
Peralihan tampuk pucuk kepimpinan negara tidak mengganggu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada terus memerang1i penvlaran kes Covi1d-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin terus mengadakan perbincangan dengannya bagi memastikan penvlaran Covi1d-19 di negara ini dapat dikawal dan dibendung serta-merta.
“Hari pertama perdana menteri telah memanggil saya dan berbincang mengenai dua isu iaitu yang pertama mengenai rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan kedua golongan tabligh yang pulang ke kampung dan dijangkakan akan berlaku wabak di semua negeri.
“Ketika itu juga kita cuba gunakan kaedah kita dan libat urus dengan agensi lain contohnya pada 10 Mac kita maklumkan kalau boleh kita elakkan solat Jumaat kerana golongan tabligh telah pun balik ke kampung dan susulan itu negeri Perlis telah ambil tindakan tersebut dan pada 15 Mac pula kerajaan putuskan tidak ada solat Jumaat dalam tempoh dua minggu,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata demikian dalam program siaran langsung Temu Minda: Di Sebalik Tabir KKM Mem3rangi Wab4k Covi1d-19 bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.
Terima Kasih kepada Perdana Menteri
Beliau juga berterima kasih kepada perdana menteri dan menteri berkaitan kerana mendengar hujah yang disaran KKM sehingga berjaya meyakinkan kerajaan untuk mengambil tindakan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah iaitu mengisytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyak1it Berjangk1it 1988 atau Akta 342.
“Terima kasih kepada kepercayaan diberikan kepada penjawat awam, kerana apabila kita ada hujah yang kukuh dengan permodelan dan sebaginya, Perdana Menteri pun ambil keputusan untuk melaksanakan PKP yang pertama pada 18 Mac dan tindakan itu, walaupun negara jiran tidak laksanakan lagi dan kita adalah yang pertama dan cepat bertindak,” katanya.
Tindakan Kerjaan Berjaya
Dr Noor Hisham percaya tindakan yang diambil kerajaan termasuk mengawal sempadan negara juga telah berjaya melandaikan lengkungan kes positif Cov1id-19 di negara ini, sekali gus mengalahkan unjuran JP Morgan mengenai kumulatif kes Covid-19 di Malaysia.
Bagi menjawab soalan Saifuddin mengenai warga kerja KKM yang meninggal dunia akibat Covid-19, Dr Noor Hisham berkata perkara itu merupakan kebimbangan pihaknya namun menjelaskan sehingga kini tiada kematian melibatkan mereka yang bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad merawat Covi1d-19.
“Jadi kita pastikan setiap daripada warga kerja KKM memakai peralatan perlindungan diri (PPE) semasa bertugas…kawasan yang paling selamat ialah mereka yang kerja di ICU dan wad.
“Ini kerana kita juga melakukan kajian iaitu antibodi dan sebagainya di mana lebih kurang 486 warga kementerian yang bekerja di ICU dan wad apabila kita ambil darah mereka dan buat kajian, didapati tiada seorang pun dijangkiti virvs itu kerana mereka menggunakan kawalan infeksi, mengamalkan kebersihan dan pastikan mereka mengguna PPE dan sebaginya,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata pihaknya masih berusaha keras memerangi Covi1d-19 dan sentiasa mempelajari perkembangan terkini yang berlaku mengenai viruvs baharu itu.
Dalam temu bual itu, Saifuddin sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Noor Hisham yang disifatkannya sebagai ‘ensiklopedia berjalan’ dalam memerangi Covid-19 serta semua pasukan kesihatan dan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membendung virvs itu.
Kerajaan PH tumbang pada Februari lalu, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa partinya keluar dari PH, sementara Azmin Ali dan 10 yang lain keluar dari PKR, melalui gerakan politik yang digelar “Langkah Sheraton”.
Muhyiddin dan kumpulan Azmin kemudian bersama-sama dengan Umno, BN dan PAS membentuk kerajaan PN.