Masha Allah !! Mualaf Jual Rumah Demi Kumpul Dana Bantu Golongan Susah Ketika Pendemik

Ketika pendemik Covid-19 melanda dunia, sumbangan dan juga bantuan daripada pelbagai pihak amatlah ditagih. Hal ini kerana penduduk setiap negara yang berpendapatan rendah pastinya terjejas teruk kerana dikenakan sekatan pergerakkan.
Hal ini samalah seperti di Indonesia apabila ada badan-badan bukan kerajaan bergerak secara sukarela memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Jual rumah untuk cari dana

Menerusi satu perkongsian daripada Instagram Mualaf Center Indonesia, seorang lelaki yang merupakan saudara baharu Islam sanggup mengiklankan rumahnya untuk dijual bagi mendapatkan dana bantuan ketika pedemik ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Steven Indra Wibowo tersebut telah memuat naik keadaan rumah yang ingin dijual sekitar April lalu.

Tak henti beri sumbangan

Dia yang giat mengedarkan bantuan sehingga ke hari ini dilihat tidak duduk diam apabila terus mencari mereka yang memerlukan untuk dibantu.

Beri bantuan kepada frontliner juga

Selain daripada mengedar bantuan buat golongan yang pendapatannya terjejas, dia juga telah membantu memberi sumbangan berbentuk PPE kepada frontliner yang bertugas mengendali pendemik covid-19 di Indonesia.

Bantu insan yang mahu memeluk Islam

Usaha yang dilakukan olehnya begitu megharukan kerana bukan sahaja gigih menghulurkan bantuan malahan turut giat membantu saudara-saudara baru sepertinya yang ingin terus mendalami agama Islam.

Ternyata tindakan mulianya itu telah membuatkan ramai pihak terharu dan berharap agar setiap apa yang diberikan oleh lelaki itu mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Maha Pencipta.